Wednesday, February 10, 2016

Hakikat Antara Peralihan Kuasa Menteri Besar Selangor Dan Kedah

Kemelut politik di Kedah banyak meraih perhatian ramai tidak mengira samada dari dalam UMNO itu sendiri mahupun pihak pembangkang. Menariknya, pembangkang mendakwa, UMNO memainkan peranan paling kotor dalam sejarah dalam usaha mereka menyingkirkan Mukhriz dari tampuk pemerintahan di Kedah. Benarkah dakwaan ini?

Jika dilihat dari kronologi pertukaran Menteri besar antara Selangor dan Kedah, banyak perbezaan dapat kita lihat.

Jika dinilai dari segi jangka masa kemelut politik ini berlangsung, UMNO dan Barisan Nasional negeri Kedah hanya mengambil masa 2 minggu sahaja sejak munculnya kenyataan tidak percaya oleh Ketua-Ketua Bahagian UMNO negeri.
images (13)
Bagi Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan), mereka memerlukan sehingga tujuh bulan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menariknya, sepanjang kemelut ini berlangsung, tiada seorang pun ADUN meletakkan jawatan, tidak seperti di Selangor apabila seorang ADUN mereka meletakkan jawatan. Paling utama, tiada sebarang pemecatan berlaku sepanjang konflik di Kedah.

Paling mengejutkan, sepanjang kemelut politik Selangor berlangsung, terdapat satu dokumen yang dipercayai palsu setebal 91 muka surat yang menerangkan kenapa Tan Sri Abdul Khalid perlu di pecat.

Namun, siapa dapat melupakan bagaimana perancangan keji Datuk Seri Anwar apabila sanggup mengarahkan ADUN Kajang mengosongkan kerusinya hanya semata-mata mahu meletakkan samada dirinya atau Datin Seri Wan Azizah bertanding di kerusi berkenaan.

Hasilnya, Datin Seri Wan Azizah berjaya memenangi kerusi berkenaan dan sekaligus meletakkan beliau antara calon yang disokong oleh PKR dan DAP.

Kesan daripada pergolakan politik ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka mengkritik DAP dan PKR sebagai derhaka kepada Istana sehingga memaksa kebangkitan orang Melayu di Selangor bagi mempertahankan intergriti Sultan.
images (14)
Berlainan apa yang berlaku di Kedah, tiada sebarang dokumen palsu diedarkan. Malah, tiada langsung mana-mana ADUN Barisan Nasional terpaksa meletakkan jawatan hanya semata-mata memberi ruang untuk Datuk Ahmad Bashah diletakkan sebagai calon Menteri Besar Kedah.

Malah peranan Istana juga amat minima dimana semuanya diatur dengan penuh berhemah. Dari memanggil Perdana Menteri untuk menghadap sehingga pihak Jemaah Pemangku Sultan memanggil kesemua ADUN Barisan Nasional dan pembangkang masuk menghadap bagi mendapatkan penjelasan dan arah sokongan mereka terhadap isu ini.

Langsung tiada kenyataan murka dari Istana seperti yang berlaku di Selangor. Cuma ada segelintir pihak yang tidak bertamadun mengada-adakan cerita kononnya pihak Istana murka terhadap 19 ADUN UMNO yang enggan lagi menyokong Mukhriz.

Paling nyata, kemelut politik di Selangor telah membawa kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga memaksa pembubaran penuh Pakatan Rakyat sekitar penghujung Mei tahun lalu.

Malah, Pakatan Harapan yang ditubuhkan pada September tahun lalu juga pantas menyingkirkan PAS dari senarai ahli gabungan parti berkenaan.
images
Bagi Kedah pula, tiada sebarang perpecahan dalaman membabitkan Barisan Nasional di Kedah. Cuma yang ada hanyalah pergeseran sesama ahli di mana ianya dijangka mampu diatasi oleh Menteri Besar yang baru dilantik.

Inilah yang dinamakan sebagai politik. Samada ianya dikategorikan sebagai kotor atau sebaliknya, apa yang diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam mengatasi kemelut ini jauh lebih berhemah berbanding apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan di Selangor.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment