Thursday, February 18, 2016

Repco Low – Yang Tak Jumpa Selama Ini Rupanya Ada Dalam Bentuk Surat!!

EDITOR MENULIS...
18 FEBRUARI 2016
Mahathir-Ali-Kadir
Kelmarin, bekas Pengerusi Eksekutif Repco Holding Berhad, Low Thiam Hock atau lebih dikenali sebagai Repco Low, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan memanipulasi pasaran saham dengan membeli 227,000 unit saham milik syarikatnya sendiri pada penghujung tahun 1997.

1997 adalah tahun dimana berlakunya krisis kewangan Asia (termasuk kejatuhan besar-besaran pasaran saham) dan Repco adalah antara syarikat yang aktif dalam bisnes saham saham ni waktu itu.

Yang menariknya tentang perbicaraan tersebut ialah kewujudan sekeping surat dari mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti pada ketika itu, En Ali Abdul Kadir, dimana Mahathir mengaku bahawa dia ada berjumpa dengan defendan meminta ‘supaya dibantu Indeks BSKL dan kejatuhan harga saham’ yang mana akhirnya saya percaya, membawa kepada dakwaan tersebut.

Ramai penganalisa politik tempatan menyifatkan kewujudan surat itu dengan sendirinya membuktikan wujud campur tangan Mahathir dalam manipulasi saham.  Sekalipun di dalam surat berkenaan Mahathir tidak menyatakan saham mana yang perlu dibeli dan dia mengaku tidak tahu bahawa membeli saham sendiri merupakan satu kesalahan, tapi pengakuan Mahathir berjumpa dengan Repco Low itu sendiri boleh mencetus pelbagai spekulasi.

(Dia macam  Nuar jumpa Kiram, tak lama lepas tu Kiram ceroboh Sabah.  Sekalipun takde maklumat apa yang dibincangkan atau sama ada Nuar ada mengarahkan pencerobohan itu atau tidak, tapi spekulasinya tentulah macam-macam.  Orang Malaysia kan suka macam tu, ‘jenazah ‘ olok-olok bersin pun jadi bukti wujudnya orang mati hidup balik).

Apa yang Mahathir harap Repco Low – seorang yang pemain utama dalam jual beli saham, lakukan bila meminta supaya “dibantu indeks BSKL dan harga saham?”  Sudah tentu Repco Low tolong dirinya dulu (dengan membeli saham sendiri) sebelum tolong orang lain.  

Kebetulan saham Repco pada ketika kegawatan memuncak sudah jatuh dari RM 140 kepada RM 2 lebih sikit sesaham saja.

Walaupun mungkin betul seperti kata Mahathir itu (tidak tahu kesalahan beli saham sendiri, tak sebut saham apa yang perlu dibeli), tapi pemahaman Repco Low apa pulak, ‘Do whatever you need to do’?  Kita tidak tahu, tapi sudah tentulah ada yang tak kena, kalau tak, tak kena dakwalah dan didapati bersalah.

Dalam nada yang lain, kenapa agaknya Mahathir meminta seorang cina untuk membantu dalam perkara ini? Apakah tidak ada Melayu yang berkelayakan melakukan perkara tersebut? Kalau ikut bab MAS diserah kepada orang asing untuk dipulihkan, tegar benar patriotik Mahathir, tapi bab nak pulih saham, mintak tolong seorang cina pulak.

Apa pun, yang penting disini, jelas disitu Mahathir pun tidaklah sesuci mana, ada buat salah juga (dalam bentuk surat lagi) tapi kesalahan itu nampak macam nak dicuci dengan alasan demi  mempertahankan ekonomi negara dan sebagainya.

Oh, kalau dia dilihat langgar undang-undang demi negara tak apa, yang Najib tak langgar apa-apa undang-undang untuk membantu kemenangan BN dalam PRU13, dilanyak secukup-cukupnya macam takde esok.

Ini belum kita persoal apa motif pulak dia hantar surat itu?  Kalau bincang yang ini, esok pagi pun belum tentu habis....

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMoEhF9SBhGuMMWIV247Ei5tk94Gj0YZzzVJ89eF5zV2i_PTSXZix083XM6cNxgxRKqJVlk_dzM3qh_CPVXlkPkZB0_x5juQCeaPmBKncSpi1G3uh1xNh8OkMjfbMkCEyrUxxs6QiNXbsi/s1600/Debat+93.JPG
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment