Monday, February 01, 2016

Tan Sri Annuar Musa Dilantik Sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia Yang Baru

http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2016/01/DSC_5887_SLIDER-e1454063785776.jpg
KUALA LUMPUR : Tan Sri Annuar Musa hari ini dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru bagi menggantikan Datuk Ahmad Maslan yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan sebagai pengerusi biro IT UMNO Malaysia di dalam penyusunan semula struktur Majlis Tertinggi UMNO.

Pengumuman tersebut di buat oleh Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bertempat di Auditorium Tingkat Empat Menara Dato Onn di sini hari ini.

Selain daripada itu, Datuk Azeez Rahim pula dilantikan sebagai Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO Malaysia. Manakala pengerusi Biro Ekonomi yang sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis kini diterajui oleh Datuk Johari Abdul Ghani.
KUALA LUMPUR, 29 Jan -- Ketua Penerangan UMNO yang baharu, Tan Sri Anuar Musa (kanan) menemui wartawan selepas dilantik menggantikan Datuk Ahmad Maslan seperti diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di Menara Dato Onn, Jumaat. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
Datuk Seri Reezal Marican pula dilantik sebagai pengerusi Biro Hal Ehwal Pelajar Luar Negara dan Datuk Razali Ibrahim pula dilantik menjadi Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Datuk Shamsul Anuar Nasara pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia bagi menggantikan tempat Datuk Azeez Rahim.

Sementara itu, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui lobi Menara Dato Onn menyifatkan pelantikan itu sebagai sesuatu yang tidak diduga, memandangkan beliau tidak dimaklumkan dengan lebih awal berhubung pelantikan tersebut.

“Terus terang saya katakan pelantikan ini datang sebagai sesuatu yang tidak diduga kerana saya tidak dimaklumkan terlebih dulu dan ianya tidak dijangka sama sekali. Bagaimanapun, saya menganggap pelantikan ini sebagai amanah yang diberikan oleh parti dan saya akan cuba memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya juga akan berjumpa dulu dengan mantan Ketua Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Maslan begitu juga dengan barisan kepimpinan tertinggi UMNO selepas ini sebelum memulakan segala perancangan dan tugasan saya sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru,” jelas beliau.
IMG_20160130_085306

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment