“Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang.
Wednesday, February 17, 2016
Tan Sri Zeti Tidak Akan Sambung Perkhidmatannya
Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata beliau tidak
akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal sebagai Gabenor Bank
Negara Malaysia (BNM).
Proses mencari pengganti sedang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus
Lembaga BNM yang terdiri daripada pengarah bebas daripada sektor swasta.
“Saya tidak mempunyai kebebasan untuk membincangkan perkara itu.
Pengumuman mengenai pengganti saya akan dibuat tidak lama sekali. Ia
sudah tentunya akan berlaku,” kata Zeti kepada pemberita selepas
melancarkan Platform Akaun Pelaburan (IAP), di sini, hari ini.
Menurutnya, meskipun proses pengganti beliau sedang dijalankan,
beliau tidak menerima sebarang permintaan agar terus kekal memegang
jawatan itu.
“Sudah pastinya Gabenor seterusnya perlu mempunyai latar belakang dan
keupayaan berkaitan, terutamanya pada waktu seperti ini agar peralihan
boleh diuruskan dengan baik.
“Individu boleh datang dan pergi,” katanya sambil menambah beliau merancang untuk berehat seketika dan kemudiannya mula menulis.
Zeti juga berkata beliau akan terus menyokong inisiatif pendidikan
seperti Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Kewangan Islam, Pusat
Kepimpinan dan Tadbir Urus dan sekolah perniagaan baharu yang akan
bermula tahun ini.
“Saya tidak akan memegang apa-apa jawatan sudah tentunya,” katanya.
Mengenai soalan sama ada ahli politik boleh menjadi Gabenor akan
datang, Zeti berkata tidak ada ahli politik yang menganggotai lembaga
pengarah mana-mana institusi kewangan, apatah lagi bagi Bank Negara.
“Setiap negara memerlukan organisasi seperti bank pusat yang tidak
mempunyai sebarang agenda politik. Ia harus kekal fokus memastikan
kestabilan makroekonomi, kewangan dan ekonomi.
“Jadi dasar ekonomi dan kewangan akan ditumpukan untuk mencapai apa
yang menjadi kepentingan terbaik negara,” katanya, sambil menambah BNM
sentiasa dihormati dan beliau menjangkakan tanggapan ini akan
berterusan.
“Saya percaya bank pusat telah menjadi satu organisasi yang kukuh. Ia
mempunyai kekuatan institusi, daya tahan dan diasaskan kepada
undang-undang yang sah.
“Akta Bank Pusat memberikan kuasa yang luas dan juga kebebasan.
Dengan itu, kami bertanggungjawab bagi keseluruhan mandat seperti yang
dinyatakan dengan jelas dalam Akta tersebut,” katanya.
Mengenai Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Zeti berkata, notis
nasihat yang dikeluarkan oleh BNM kepada institusi kewangan bukan bank
adalah bertujuan untuk memastikan institusi ini terus diurus dengan baik
dan melaksanakan peranan tujuan penubuhannya dengan efektif.
“Kami mengeluarkan notis nasihat dari semasa ke semasa. Biasanya,
notis-notis ini dikeluarkan sebelum berlaku masalah, jadi sekiranya
terjadi masalah, ia boleh ditangani,” katanya.
Tabung Haji bukan satu-satunya institusi yang menerima notis nasihat
daripada BNM kerana institusi lain turut dikeluarkan notis yang sama,
katanya.
“Mereka tidak berada di bawah rangka kerja kawal selia dan rejim
kawal selia kami tetapi apa yang berlaku dalam organisasi mereka mungkin
akan membawa implikasi sistemik dan berkait dengan institusi kewangan
lain,” katanya.
Mengenai ringgit, Zeti berkata, prestasi mata wang tempatan itu bergantung kepada perkembangan domestik dan antarabangsa.
“Kami akan mengeluarkan data Keluaran Dalam Negara Kasar suku keempat esok.
“Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang.
“Apa yang penting adalah ekonomi terus berkembang.
“Asas pendasar penting lain ialah kita mempunyai lebihan perdagangan, kita mempunyai lebihan akaun semasa dan rizab kita kukuh.
“Hutang luar kita juga berada pada paras yang sangat terkawal,”
katanya sambil menambah semua ini merupakan faktor-faktor yang menyokong
ringgit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment