Wednesday, February 17, 2016

Mohd. Faiz Terkejut Sepakan Percuma Raih Perhatian Dunia

http://www.thestar.com.my/~/media/online/2016/02/17/04/08/05165431.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=56C2E2719E1842C9ECDED3A207801C757CD58B0F
Pemain tengah skuad Harimau Kumbang, Mohd. Faiz Subri mengakui terkejut dengan perhatian yang diterima dari seluruh dunia ekoran sepakan percumanya yang diambil dalam perlawanan menentang Pahang malam tadi.

Malah, menurut Mohd. Faiz, dia sendiri tidak menduga sepakan percumanya itu boleh melencong sedemikian rupa sehingga menerjah gawang gol pada sudut yang sukar.

Dalam nada merendah diri, Mohd. Faiz berkata, sepakan itu lebih kepada nasib kerana tidak selalunya menjadi meskipun dia sebelum ini pernah beberapa kali mencuba membuat sepakan sedemikian.

“Ketika mengambil sepakan percuma itu malam tadi, fokus saya hanyalah untuk menjaringkan gol dan tiada apa-apa teknik istimewa yang saya guna ketika itu,” katanya kepada media di sini hari ini.

Mohd. Faiz menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak dari seluruh dunia hari ini selepas video sepakan percumanya yang melencong dengan unik menjadi viral di internet.

Malah, jaringan Mohd. Faiz pada minit keenam perlawanan itu juga disifatkan portal berita Miror UK memadamkan sepakan percuma Roberto Carlos ketika persahabatan antara Brazil dan Perancis pada 1997.

Menurut ulasan Miror UK, gol Carlos yang diberi gelaran `banana kick’ tidak lagi unik selepas Mohd. Faiz melakukan jaringan aneh, bukan sahaja lebih melencong berbanding sepakan Carlos, tetapi turut menjunam laju untuk singgah ke penjuru atas gawang. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment