Wednesday, February 17, 2016

“Pork-Free” Bukan Makna Halal dan Bebas Babi

https://i.ytimg.com/vi/s1hESLMzPFQ/maxresdefault.jpg
Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajidi Dusuki bahawa premis makanan di negara ini yang meletakkan tanda ‘pork-free’ menyongsangkan tanggapan orang ramai bahawa ia sebuah restoran halal sangat tepat dan kena pada masanya.

Di negara ini sudah banyak restoran bukan Islam mengambil jalan mudah meletakkan tanda ‘pork-free’ atau tiada babi bagi meyakinkan umat Islam untuk makan di premis mereka. 

Soalnya, siapa yang menentukan restoran tersebut benar-benar bebas unsur babi? Sesiapa sahaja bebas meletakkan tanda tiada babi hanya untuk mengelirukan orang ramai.

Orang Islam yang masuk ke premis seperti ini juga patut bertanya pada diri sendiri, apakah sudah sampai ke tahap mudarat di negara ini sehinggakan mereka perlu masuk ke restoran seperti ini dalam sebuah negara Islam seperi Malaysia?

Jika bebas unsur babi pun, apakah mereka memeriksa restoran yang tidak mempunyai logo halal ini mengunakan haiwan yang disembelih mengikut kaedah Islam?

Saranan Asyraf supaya Kementerian mengambil tindakan ke atas premis seperti ini perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana mustahil mereka meletak tanda sebegini kecuali untuk mengahalalkan umat Islam makan di premis tersebut.

Jika alasannya ialah untuk penganut agama lain, maka eloklah tanda “pork-free” mesti diletakkan bersama kenyataan premis ini tiada sijil Halal.

Selebihnya, Jakim juga harus “agresif” mempromosi dan mendidik orang ramai bahawa ‘pork-free’ bukan jaminan restoran tersebut halal. 

Masalah Jakim ialah mereka tidak serius menjalankan promosi dan pendidikan halal kepada orang ramai. 

Bagi pemilik restoran yang beragama Islam pula mungkin boleh meletak logo restoran milik orang Islam bagi meyakinkan pengguna Islam.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment