Wednesday, February 17, 2016
Sekat Secara Agresif Persepsi, Fakta Yang Diselewengkan Pembangkang – Syed Ali
KUALA LUMPUR : UMNO perlu lebih agresif menangani serangan
persepsi yang dilakukan oleh parti pembangkang dalam usaha mereka
menumbangkan kerajaan pilihan rakyat, tegas Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee.
“UMNO perlu agresif, kena lawan dengan fakta untuk sekat serangan
persepsi dilakukan pembangkang, tidak boleh defensif,” tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, pembangkang berusaha
memesong fikiran rakyat dengan pelbagai fakta yang diselewengkan
terutama menerusi media-media sosial.
Mereka
ujar beliau, melancarkan serangan fitnah supaya rakyat terperangkap
dengan persepsi yang memberi gambaran buruk terhadap kerajaan khususnya
UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Walaupun fitnah dan putar belit serta pembohongan fakta, tetapi
pembangkang yakin pendekatan sedemikian sedikit sebanyak boleh menggugat
keyakinan seseorang,” ujarnya dalam entri terbaru di
umnobahagiancheras.blogspot.com.
Justeru tegas beliau, UMNO dan pihak kerajaan khususnya perlu lebih
tangkas mematahkan serangan persepsi tersebut dengan penyajian maklumat
yang tepat dan berasas.
Syed Ali mendakwa pembangkang dan golongan anti-kerajaan memilih
laman-laman sosial sebagai perangkap untuk menjerat minda dan
kepercayaan masyarakat terhadap berita yang mereka sebarkan.
“Mereka sasarkan golongan muda, mereka hidangkan dengan berita yang
tidak benar, laporan meragukan, fakta tidak berasas disamping kecaman
melulu terhadap kerajaan” katanya.
Pembangkang tambah beliau lagi, mengambil pendekatan tersebut kerana
BN dan UMNO tidak ‘mampu’ untuk membohongi rakyat dengan fakta yang
sengajakan diselewengkan.
“UMNO tidak akan membohongi rakyat dan menyogok fakta-fakta tidak
berasas dalam usaha untuk menyerang balas taktik yang dilakukan
pembangkang,” tegasnya.
UMNO kata Syed Ali, hanya akan memberi penerangan yang
sejelas-jelasnya kepada rakyat bersabit sesuatu isu tanpa ada fakta yang
disembunyikan.
Sehubungan itu, beliau berharap kepimpinan UMNO di semua peringkat
akan memberi tumpuan memerangi dakyah dan persepsi yang sedang dimainkan
pembangkang.
“Jentera siber UMNO di setiap peringkat terutamanya perlu lebih
aggresif, tampil dengan kekuatan fakta untuk mematahkan segala serangan
fitnah dilakukan pembangkang,” tegasnya.
Bagaimanapun beliau percaya rakyat tidak mudah terpedaya dengan
sogokkan fitnah dan berita pembohongan yang dilakukan pembangkang.
Beliau juga mengingatkan pemimpin UMNO agar menghentikan segera sikap
tunding-menunding dan mencari salah sesama pemimpin kerana gejala
sedemikian tidak memberi sebarang keuntungan kepada parti.
“Kita akan berdepan dengan PRU tidak lama lagi, seharusnya setiap
dikalangan kita kembali bertaut sebagai sebuah keluarga besar dan
mengekalkan semangat perpaduan,” ujarnya.
“Berselisih (pendapat) sesama sendiri tidak akan ada kesudahannya,
apa yang utama ialah kembali kepada semangat musyuwarah demi kepentingan
parti.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan
Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, ketidakserasian hubungan
antara PKR dan DAP serta AMANAH sebagai bukti jelas kegagalan pakatan
pembangkang.
“Pertelagahan sesama pembangkang semakin ketara terutama membabitkan
pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi,”
katanya.
Beliau tidak menafikan DAP sebagai parti rasis yang mendominasi pakatan pembangkang tidak akan berlembut dengan kehendak PKR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment