Wednesday, February 17, 2016
Azmin Kini Makin Lemas Dalam Timbunan Isu Di Selangor
KUALA LUMPUR : Presiden NGO Abata, Azrinizam Ibrahim berkata
rakyat di Selangor hari ini menuntut penjelasan daripada Menteri Besar
Selangor, Azmin Ali dalam pelbagai isu yang sehingga ke hari ini tidak
ada sebarang kenyataan mahupun penjelasan yang dibuat oleh beliau.
Menurut Azrinizam, Azmin Ali yang kini ditimbuni oleh pelbagai isu
seperti isu dana air sebanyak RM.7.6 bilion, isu kos pembinaan kubah,
pintu gerbang dan beberapa lagi isu, di mana isu-isu ini sepatutnya
diberikan oleh penjelasan oleh Menteri Besar itu sendiri.
“Isu dana air sebanyak 7.6 bilion masih lagi tidak terjawab. Isu
kubah, isu pintu gerbang pun sama tidak dijawab oleh beliau sehingga ke
hari ini biarpun didesak bertalu-talu oleh rakyat. Hari ini, timbul pula
isu ketirisan dan ketidak telusan dalam isu pelantikan ahli majlis PBT
di Selangor di mana ahli PKR sendiri mendakwa wujudnya unsur kroni dalam
pelantikan tersebut.
“Bagaimanapun
Azmin seperti biasa sehingga ke hari ini masih lagi membisu dan saya
lihat tindakan Azmin hari ini mirip kepada Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng yang seringkali mengelak daripada memberikan penjelasan
berhubung isu-isu berbangkit yang diminta penjelasan oleh rakyat.
“Secara tidak langsung, sikap Azmin yang membisu mengenai isu-isu
yang dibangkitkan oleh rakyat membuktikan bahawa tidak ada ketelusan di
dalam pentradbiran beliau. Pandangan saya, jika begini sikap Azmin maka
saya rasa pentadbiran beliau sebenarnya lebih teruk dan lebih tidak
telus berbanding MB Selangor sebelum ini, Tan Sri Khalid Ibrahim,”
tegasnya kepada media di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, Azmin juga dilihat bukan sekadar gagal menjawab
isu-isu yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat, malah dia juga
disifatkan sebagai gagal dalam menyelesaikan isu pergolakan dalaman
pakatan Selangor itu sendiri.
“Saya lihat isu dalaman pakatan pembangkang di Selangor masih lagi
tidak selesai. Khususnya berhubung isu Pas, Dap begitu juga parti Amanah
di mana tidak ada sebarang kata putus yang dapat diberikan oleh beliau
berhubung perkara ini. Bahkan, status pakatan pembangkang di Selangor
juga masih lagi tergantung di mana persoalan timbul pakatan yang mana
satukah yang mentadbir Selangor hari ini?
“Apabila Azmin gagal menyelesaikan konflik dalaman antara parti yang
menjadi pemerintah di Selangor, maka secara tidak langsung permasalahan
antara kepimpinan parti pembangkang di Selangor akan menjejaskan tumpuan
kerajaan negeri untuk membantu dan membela rakyat.
“Ekoran permasalahan dan konflik dalaman itu kita dapat lihat,
wujudnya pelbagai isu di Selangor hari ini yang berkait rapat dengan
kebajikan rakyat seperti isu kes denggi yang begitu tinggi di Selangor,
isu air dan banyak lagi isu yang mengambil masa begitu lama untuk di
selesaikan oleh kerajaan negeri, lantaran kepimpinan pembangkang lebih
menumpukan perhatian terhadap konflik dalaman sesama sendiri,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment