Wednesday, February 17, 2016
“OPAL” Beri Peluang Kedua Kepada Bekas Penagih, Peluang Pekerjaan Sektor Perladangan
KUALA LUMPUR : Program ‘Oil Palm For Life’ ( OPAL) bakal
memberi peluang kedua kepada bekas penagih serta membuka ruang kepada
kumpulan sasar yang berkaitan di dalam bidang perladangan sekaligus
mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing di dalam sektor
terbabit.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim
berkata bagi tujuan itu seramai 1,000 tenaga kerja daripada Pusat
Pemulihan Penagihan Narkotik (CCRC) akan mejadi perintis kepada projek
berkenaan.
Menurut beliau menerusi program tersebut yang dirancang beberapa
bulan sebelum ini, mereka yang terpilih akan ditempatkan di
ladang-ladang Felda dan juga FGVH selama dua tahun dan ianya dipantau
oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
“Sebagai projek perintis seramai 1,000 orang akan dipilih melalui
‘Road Show’ yang akan diadakan mulai bulan ini di CCRC seluruh negara.
1,000 peserta program ini akan ditempatkan di 20 kawasan ladang FELDA
dan FGV secara berkolompok. Untuk permulaan Felda Serting, Negeri
Sembilan akan menjadi pilihan lokasi pertama.
“Sepanjang tempoh tersebut para peserta akan menjalankan kerja-kerja
ladang di samping mengikuti program kerohanian, motivasi, kaunseling dan
upskilling bagi menyediakan peserta untuk berdikari dalam masyarakat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tambah
Razali lagi segala kerja yang berkaitan ladang termasuk meracun,
menyabit dan sebagainya lagi akan dilaksanakan sepertimana garis panduan
yang ditetapkan oleh pihak ladang dan begitu jugalah dalam soal
pembayaran gaji.
“Ini adalah permulaan dan kita percaya jika ini berjaya dan mampu
dilaksanakan, sudah pasti akan memberi manfaat kepada mereka yang lain
untuk sama menceburi sektor ini. Malah saya penuh yakin ini juga bakal
membuka ruang kepada pusat-pusat latihan pertanian lain kelak untuk
sama-sama menjayakannya.
“Kita difahamkan Felda dan FGV , kekosongan untuk buruh ladang hampir
10,000 untuk diisi. Jadi dengan OPAL ini, insya Allah peluang pekerjaan
terbuka dan bakal memberi ruang kepada mereka yang berminat untuk
bekerja di sektor perladangan,” ujarnya.
Menyentuh program OPAL, Razali berkata program berkenaan adalah
inisiatif bersama beberapa agensi kerajaan seperti Unit Perancang
Ekonomi (EPU), NGO MANTAP, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)/
Felda Global Venture (FGV), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta
beberapa pihak swasta dan agesni kerajaan lain.
“Dalam tempoh lima bulan pelbagai siri mesyuarat telah dijalankan dan
akhirnya kita bersetuju untuk peringkat pertama ditempatkan di ladang
Felda dan dengan pelaksanaan inisiatif ini akan dapat membantu rakyat
khususnya bekas penagih.
“Secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan buruh asing dalam
sektor peladangan sekaligus menyahut saranan Datuk Seri Najib melalui
Rancangan Malaysia kesebelah (RMK-11) “PertumbuhanBerpaksikan Rakyat”,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment