Wednesday, February 17, 2016

Isu Dana Israel : Pemimpin DAP Seperti Kura-Kura Sorokkan Kepala Dalam Cengkerang

KUALA LUMPUR : Naib Ketua Pemuda UMNO Subang, Syahrezam Zakaria menyifatkan kepimpinan Dap khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng seperti kura-kura yang menyorokkan kepala di dalam cengkerang berhubung desakan rakyat yang mahukan penjelasan berkenaan tuduhan parti tersebut menerima dana politik sebanyak RM 1.2 bilion daripada negara Israel di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Kata beliau, sehingga kini kepimpinan Dap masih lagi mengambil sikap berdiam diri daripada memberikan sebarang penjelasan kepada rakyat berhubung tuduhan menerima dana daripada negara Israel.

“Kepimpinan Dap hari ini seperti kura-kura yang menyorokkan kepalanya di dalam cengkerang. Mereka tidak berani untuk menghadapi dan  memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung perkara ini. Sedangkan hakikatnya, tuduhan ini begitu besar apatah lagi ianya melibatkan sebuah negara yang terkenal dengan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.
Dana Israel 
“Saya kira kepimpinan Dap sengaja mengambil sikap berdiam diri dengan harapan bahawa isu ini akan berlaku seperti itu saja dan hilang dari pemikiran rakyat. Namun hakikatnya mungkin kepimpinan Dap tidak sedar bahawa isu ini masih lagi berdendang di kalangan masyarakat akar umbi dan rakyat tetap mahukan penjelasan dari kepimpinan Dap berhubung perkara tersebut,” tegas beliau kepada media di sini hari ini.

Syahrezam yang juga merupakan pengerusi kepada NGO Persatuan Anak Warisan Subang (Penawar Subang) seterusnya berkata, sekiranya pemimpin Dap terus mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberikan penjelasan kepada rakyat, ianya seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh mereka.

“Pemimpin Dap jangan ingat taktik mereka yang mengambil pendirian untuk membisu tentang hal ini akan dilupakan rakyat. Isu dana dari negara Israel ini bukan satu perkara kecil tetapi ia sebenarnya melibatkan kedaulatan negara dan campur tangan asing di dalam politik dalaman negara kita ini.

“Jadi saya yakin, rakyat khususnya umat Islam di negara ini akan terus mendesak kepimpinan Dap agar bercakap benar dan memberikan penjelasan secara terbuka berhubung tuduhan yang dilontarkan oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng sendiri, Razali Abdul Rahman.

“Sehingga kini, tidak ada sebarang penjelasan dari kepimpinan Dap, cuma Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan mahu menyaman Razali. Namun sehingga ke hari ini tidak ada perkembangan berhubung saman tersebut.

“Mungkin juga mereka takut untuk menyaman Razali kerana sekiranya mereka menyaman lelaki itu, segala rahsia dan perancangan mereka akan terbongkar di dalam mahkamah dan diketahui umum kelak,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment