Friday, February 19, 2016
‘The Art of War’ DAP Punca Melayu Dan India Semakin Terpinggir
Semua pihak harus sedar bahawa kerakusan DAP dalam mentadbir Pulau Pinang bukan salah UMNO dan Barisan Nasional (BN).
sun tzuIni kerana sebarang salahguna kuasa UMNO/BN dalam kerja
pembangunan sebelum DAP mengambil alih negeri itu boleh dihentikan
sekiranya DAP sememangnya benar-benar sebuah parti yang memikirkan
tentang hak dan kesamarataan semua bangsa.
“Itu semua alasan, sebab bila mereka dah berkuasa, mereka boleh batalkan bila-bila masa sahaja, tinggal nak atau tak nak sahaja.
“Jangan asyik menyatakan itu salah kerajaan, kalau betul-betul DAP ada
kuasa, kalau tahu benda tu memang benda tak baik, kita takkan buat,
jangan salahkan pihak yang lepas, kita patut ambil tanggungjawab tu
sebab kita yang memerintah.
“Kalau DAP dalam erti kata setuju dengan UMNO kerana teruskan apa yang
mereka lakukan, apa bezanya DAP dengan UMNO?” soal Timbalan Penasihat
Undang-Undang, Universiti Kebangsaan dr sala n nurMalaysia (UKM), Dr
Salawati Mat Basir kepada media.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang
sehingga hari ini mendakwa bahawa UMNO/BN adalah punca penindasan yang
berlaku terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang.
Secara dasar, Salawati berkata, pola penempatan di Pulau Pinang pada
mulanya diduduki masyarakat majmuk, namun pada akhirnya bangsa Cina kini
mendominasi negeri tersebut berikutan penguasaan ekonomi.
“Kesan daripada itu, DAP mula membina perumahan dengan sangat ‘ganas’
apabila berani meletakkan harga yang memang orang Malaysia tidak mampu
memiliki, apatah lagi bangsa Melayu.
“Jadi itulah permulaan strategi DAP mengusir bangsa lain, tapi digunakan
dengan cara yang cukup halus, lama-kelamaan Pulau Pinang ini bakal
menjadi sebuah negara metropolitian sama seperti keratan melayu keluar
penangSingapura di mana ia akan dikuasai oleh satu etnik yang berduit,
di mana yang tak ada duit kena keluar dari situ,” tambahnya.
Strategi DAP itu kini bukan hanya setakat digunakan di negeri Pulau
Pinang, malah turut digunakan di beberapa kawasan yang berpotensi
membangun dengan pesat seperti Puchong dan Nilai.
“Nilai kawasan DAP dan mereka ni bijak, sebab mereka ambil tempat yang
membangun, Nilai ni adalah kawasan perindustrian, jadi harga rumah di
situ agak tinggi, mereka dah mula untuk mendominasi yang pada asalnya
Nilai ini adalah kawasan orang Melayu.
dr sala“Ini juga yang jadi pada Puchong, dulu siapa nak duduk di kawasan
estate ni? Bas akhir pun pukul 8 malam, tapi sekarang ada LRT, ada
benda yang semuanya sampai RM1 juta rumah di situ, penduduk asal adalah
Melayu dan India tetapi terus bertukar kepada Cina, itu adalah strategi
yang mereka gunakan dalam pemaju perumahan, begitu juga di Pulau
Pinang,” ulasnya.
Tindakan mereka dalam mencari keuntungan tegasnya, adalah sememangnya
tradisi pemimpin dunia ketiga termasuk di Malaysia sendiri.
“Ini adalah kesukaan mereka mencari wang menggunakan politik seperti
keuntungan projek dan sebagainya, jadi yang dapat keuntungan itu adalah
mereka.
“Dan DAP ni melihat kepentingan pada waktu yang panjang, dia faham yang
perjuangan takkan india bakar lgeberhenti sebab mereka tahu, untuk
memastikan orang Melayu jatuh ke tangan dia, mereka mesti membuat
berbagai cara memenangi hati orang Melayu, dengan cara yang sangat
produktif seperti sekolah demokrasi.
“Mereka ajar orang Melayu demokrasi, macam orang Melayu ni memang bodoh
sangat lah sampai nak kena buat sekolah demokrasi, tapi itulah ‘Art of
War yang dipakai DAP sekarang,” ujarnya menutup temubual eksklusif di
Bangi, Khamis petang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment