Friday, February 12, 2016
Tiada Perubahan Barisan Exco Kedah
ALOR SETAR : Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah
akan dikekalkan walaupun berlaku perubahan pada jawatan Menteri Besar.
Sumber memberitahu pihak media, Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk
Seri Ahamad Bashah Md Hanipah akan mengekalkan Exco yang ada bagi
meneruskan pentadbiran negeri berkenaan.
"Setakat ni menteri besar nak kekal dulu Exco yang dah dilantik, walapun
ada yang mendakwa beliau tidak mampu sebelum ini tapi mereka akan
dikekalkan.
"Tetapi kalau ia tidak dipersetujui, mungkin rombakan kecil perlu dibuat, untuk memastikan semuanya lancar.
"Exco baru juga akan dilantik sekiranya ada di antara Exco ketika ini
meletak jawatan atau sebagainya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sumber itu menambah, walaupun Exco tersebut dikekalkan, namun ia tidak
beerti tiada rombakan dibuat sehingga pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, tindakan untuk mengekalkan Exco ini bersifat sementara dan jika perubahan perlu dibuat ia akan dilaksanakan.
Barisan Nasional (BN) mempunyai 21 wakil rakyat termasuk dua daripadanya adalah wakil MCA.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment