Wednesday, February 10, 2016
TNB Sabotaj Barisan Nasional Selangor
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akhirnya akur kepada
tuntutan penduduk Cina di Rawang untuk mengubah projek kabel elektrik
voltan tinggi (CAR) di Rawang dengan membuat pengubahan laluan tidak
lagi melibatkan kawasan bantahan 20 keluarga yang menduduki tanah tol
TNB.
Projek CAR adalah usaha TNB untuk meningkatkan bekalan elektrik ke
Lembah Klang dari 33 kiloVolt (kV) dan 125 kV kepada 275 kV tetapi
projek berkenaan tertangguh ekoran bantahan penduduk Sungai Terentang,
Rawang. Projek tersebut sepatutnya siap pada 31 Ogos 2008 tetapi
tergendala disebabkan bantahan penduduk kampung berkenaan terhadap
kerja-kerja menaik taraf talian penghantaran yang melalui kawasan itu.
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo pernah menulis dalam blognya mengenai projek CAR TNB ini.
“Ketika BN menerajui kerajaan, kita telah setuju kawasan talian lama
TNB itu dinaiktarafkan tanpa melalui kawasan baru. Cuma kita menghadapi
masalah dengan lebih kurang 20 keluarga cina yang tidak mahu berpindah
dan ia dijuarai oleh parti DAP pada ketika itu, dan sekarang oleh PKR.”
Hari ini TNB telah bersetuju dengan permintaan DAP-PKR supaya laluan tersebut diubah melalui laluan lain.
Menurut Malaysiakini.com, pengalihan laluan tersebut akan siap pada
akhir tahun ini, demikian menurut taklimat yang diadakan semalam oleh
Jawatankuasa Anti Kabel Voltan Tinggi Rawang (RAHTC) bersama dengan Ahli
Parlimen PKR Selayang, William Leong dan ADUN Rawang, Gan Pei Nei.
“Selepas PTGS dan kerajaan negeri mencadangkan pelan itu, TNB dan
juruteknik menelitinya dan mereka akhirnya memberi sokongan. Ia
kemudiannya dihantar ke mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk kelulusan,
dan kemudian dibawa balik ke PTGS untuk pengambilan tanah negeri.
“Kini, kira-kira 26 peratus daripada projek pengalihan laluan itu selesai,” kata Gan.
Persoalan sekarang mengapa ketika pemerintahan Barisan Nasional, TNB
berkeras bahawa laluan asal merupakan laluan terbaik dan tunggal yang
boleh dipertimbangkan tetapi sekarang boleh pula menukar laluan setelah
hampir 11 tahun tergantung?
TNB perlu menjelaskan berapakah kos baharu yang mereka tanggung dan
mengapa dahulu semasa Barisan Nasional mereka membuat keputusan itu
sahaja laluan yang terbaik dan laluan lain terlalu mahal serta tidak
praktikal.
TNB tidak boleh bermain wayang dengan keputusan ini kerana ia membabitkan maruah Barisan Nasional.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment