Wednesday, February 10, 2016
TPPA : Manfaat Perjanjian Perdagangan 12 Negara Kepada Malaysia
Berikut adalah antara manfaat yang bakal
diperoleh Malaysia hasil daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA), perjanjian perdagangan terbesar setakat ini,yang dimeterai
Malaysia dan 11 negara lain di Auckland, New Zealand hari ini:
* Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjur meningkat
sebanyak US$107 bilon kepada US$211 bilion antara 2018-2027, yang akan
meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 0.60-1.15 mata peratus pada 2027
* Pelaburan diunjur meningkat sebanyak US$136 bilion kepada US$239
bilion antara 2018-2027 – sebahagian besarnya hasil daripada pertumbuhan
pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan
perdagangan pengedaran.
* Lebih daripada 90 peratus peningkatan ekonomi disumbangkan menerusi langkah bukan tarif yang lebih rendah.
* Peningkatan dalam pertumbuhan eksport diunjur mengatasi peningkatan
dalam pertumbuhan import, sekali gus lebihan dagangan dijangkakan
berkurangan kepada 4.3 peratus kepada 5.2 peratus KDNK pada 2027
* Sektor yang menyumbang lebih 20 peratus KDNK Malaysia pada 2014
dijangkakan mencatat pertumbuhan keluaran yang lebih tinggi, terutama
subsektor pembuatan.
* Syarikat berorienasikan eksport akan memproleh manfaat daripada
akses pasaran yang lebih luas, terutama negara seperi Malaysia yang
belum mempunyai pakatan perdagangan seperti dengan Kanada, Mexico, Peru
dan Amerika Syarikat.
* Syarikat akan memperoleh manfaat menerusi akses kepada pemerolehan
kerajaan, loberalisasi digital yang lebih luas selain penguatkuasaan
perlindungan rahsia perdagangan
* Peningkatan upah untuk pekerja tidak mahir diunjur meningkat
sebanyak 0.45-0.91 peratus dan pekerja mahir sebanyak 0.38-0.78 peratus.
* Penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS) mungkin meningkatkan kos
kepada kerajaan, namun perlindungan sudah disediakan bagi menangani
saman dan melindungi dasar dalam penetapan keputusan ke atas kesihatan,
keselamatan dan alam sekitar. Ia juga meningkatkan perlindungan ke atas
syarikat Malaysia yang melabur di luar negara.
* Dasar Bumiputera dan PKS kekal pada status quo sedia ada
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment