Wednesday, February 10, 2016
Usul Suruhanjaya Siasatan Diraja Bukti 1MDB Tidak Melakukan Kesalahan Undang-Undang
Cadangan bekas Menteri Besar Kedah,
Mukhriz Mahathir agak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat 1MDB,
membuktikan bahawa syarikat itu tidak ada melakukan apa-apa kesalahan
sehingga boleh didakwa di Mahkamah.
Kalau ada bukti menunjukkan kesalahan,
Mukhriz dan bapanya Tun Mahathir sendiri sudah membuat aduan ke agensi
yang berkaitan sekali dengan bukti untuk siasatan lanjut. Tapi sebab
tidak ada bukti, maka itulah dicadangkan supaya Suruhanjaya Diraja
ditubuhkan.
Ironinya, semua siasatan ke atas 1MDB
hari ini adalah diarahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak –
orang yang Mukhriz mahu lihat dijatuhkan, bukan oleh laporan atau bukti
yang diserahkan Mahathir, apatah lagi Mukhriz yang sepanjang siasatan
ini berjalan sehingga 1MDB menyelesaikan pelan rasionalisasi hutangnya
hujung tahun lepas, hanya berminat menjaga kedudukannya saja.
Mana ada cerita kepentingan rakyat, sebab tu dah kena buang baru nak melalak sana sini.
14 mati di Memali, RM 30 billion lesap
dalam perdagangan Forex pun takde Suruhanjaya Diraja, 1MDB yang hampir
zero hutang ini pulak nak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja. Tapi sebab
yang buat kenyataan ini ialah orang yang asyik berulang alik ke Kuala
Lumpur sampai yang tak sedar ada gerakan dari bawah yang mahunya
berundur di Kedah, kita dengar sajalah.
Apa pun rakyat tidak harus memandang
kenyataan seperti ini sebagai ada apa implikasi sama sekali. Orang dah
kena buang macam itulah, kecewa. Depan, Allah sana Allah sini,
belakang, macam setan sana setan sini.
Oh ya, apa dah jadi dengan Suruhanjaya
Diraja mengenai projek IC di Sabah yang turut dikenali sebagai Projek
Mahathir? Siapa dah masuk dalam?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment