Wednesday, April 15, 2015

Apa Barang Atau Caj Perkhidmatan Yang Turun Di Negeri Pakatan Pembangkang?

16 April 2015, Kuala Lumpur : ‘Satu jari telunjuk menghala ke orang, empat lagi kepada diri sendiri’, itulah ibarat yang paling sesuai ditujukan kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang , ujar Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias.
http://w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.424800.1386394148!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg
Beliau berkata sedemikian ketika mengulas modus operandi pembangkang yang sentiasa mendendangkan lagu kepada rakyat dengan membina persepsi semata bahawa kerajaan menekan rakyat dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan terutamanya selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kerajaan bukan laksanakan cukai yang baharu, tetapi GST itu menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang 10 peratus kepada enam peratus. Logiknya, di mana akan berlaku kenaikan jika GST lagi rendah kadarnya daripada yang lama.

“Barangan keperluan asas pun ada yang dikecualikan, dan ada yang berkadar sifar,” tegas Timbalan Pengerusi Biro ICT dan Media Sosial, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia itu lagi kepada UMNO-Online.

Beliau turut menimbulkan persoalan, sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang, apakah barang dan perkhidmatan di kedua-dua negeri tersebut yang turun.

“Mana satu perkhidmatan yang di bawah pentadbiran mereka yang turun?

“Semasa kempen pilihan raya menjanjikan bulan bintang, kononnya atas nama kebajikan, merakyatkan ekonomi tetapi apabila berkuasa, lesen perniagaan naik, cukai pintu naik dengan bermacam-macam alasan mereka gunakan.

“Mereka hanya pandai menanam tebu di tepi bibir sahaja, tetapi, apa yang berlaku sekarang?” tanya beliau.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang dahulu pernah berjanji tidak akan menaikkan tarif air, tetapi bermula 1 April lalu, keperluan asas rakyat itu dinaikkan sehingga 16.7 peratus.

“Wajarkah kenaikan dikatakan sebagai hukuman kepada pengguna? Kononnya bagi membendung sikap pembaziran air di negeri itu.

“Begitu juga dengan Selangor, di manakah laungan negeri berkebajikan mereka? Di manakah janji-janji mereka dahulu? Jika elaun guru Kafa yang dijanjikan RM1,500 pun tidak dapat dipenuhi, apatah lagi hal-hal keperluan rakyat yang lain hendak dipenuhi,” katanya.

Dalam manifesto pilihan raya umum ke-13, kerajaan pakatan pembangkang Selangor ada menyebut akan menambah elaun warga kerja sekolah agama mendapat gaji minimum RM1,500 sebulan, tetapi sehingga sekarang masih gagal dipenuhi.

Dipetik daripada sumber : Media UMNO

No comments:

Post a Comment