Wednesday, April 15, 2015

Perubahan Suasana Politik Di Permatang Pauh Beri Sinar Buat BN

16 April 2015, Permatang Pauh : Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Abu Bakar Zainul Abidin berkata, jentera Pemuda Permatang Pauh sentiasa siap siaga untuk berkhidmat kepada parti dan bukannya hanya untuk musim pilihan raya sahaja.
http://i.ytimg.com/vi/pNr9Z-8-Bvk/hqdefault.jpg
Jelasnya, gerak kerja Pemuda UMNO sentiasa seiring dengan kepimpinan bahagian bagi membantu setiap lapisan tanpa memandang kepada perbezaan ideologi parti.

“Setiap masyarakat akan kita cuba bantu tanpa memandang mereka menyokong parti apa. Inilah antara pendekatan Pemuda agar hubungan dengan masyarakat menjadi akrab.

“Pendekatan sebegini jugalah yang membawa angin perubahan di kalangan ahli Pas khususnya apabila perpaduan antara parti-parti dalam pakatan pembangkang sendiri telah kucar-kacir.

“Ini terbukti apabila kepimpinan Pas sendiri telah pernah menjemput UMNO untuk bersama-sama mereka mengadakan aktiviti malah mempelawa saya sendiri bagi merasmikan pertandingan futsal anjuran Pas. Ini terbukti wujudnya hubungan Pas dan UMNO yang semakin baik,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Malah katanya beliau sendiri pernah dijemput untuk merasmikan program futsal anjuran Pas bahagian.

“Ini satu perkembangan yang baik maka saya harap ianya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN di PRK nanti”, katanya

Tambah beliau, di peringkat UMNO Bahagian memang jelas dapat dilihat perubahan drastik berkaitan suasana politik di Permatang Pauh.

Selaras dengan itu beliau yakin ini adalah masa yang sesuai untuk BN merampas kerusi Permatang Pauh dari tangan pembangkang.

“Selain itu, sejak dilantik sebagai Pemuda UMNO Bahagian, pelbagai gerak kerja telah dibincang dan diatur untuk menarik minat orang muda kepada parti.

“Berkaitan persediaan gerak kerja dalam menghadapi PRK ini pula, kita memang memberi fokus kepada pengundi muda dan akan memastikan mereka pulang mengundi,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment