Wednesday, April 15, 2015

Tidak Ada Dua Kem Dalam UMNO – Syed Ali

16 April 2015, Kuala Lumpur : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menolak dakwaan wujud kumpulan tertentu dalam parti itu ekoran isu hubungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/05/Datuk-Seri-Syed-Ali-Alhabshee.jpg
Beliau yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan dakwaan tersebut sengaja direka oleh pihak berkepentingan bagi mencetuskan ketegangan dalam UMNO.
 
“Saya tak nampak ada kumpulan atau kem tertentu dalam UMNO ekoran percanggan antara Dr. Mahathir dengan Najib,” katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
 
Katanya, tidak wujud kem Dr. Mahathir atau dua puak dalam UMNO kerana ahli-ahli sayangkan kepada perjuangan parti.
 
Menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, Syed Ali menjelaskan ianya dilakukan oleh golongan yang didalangi parti pembangkang untuk menghancurkan UMNO.
 
“Cerita karut dan dakwaan tidak berasas itu sengaja disebarkan oleh mereka yang berniat jahat terhadap pentadbiran Najib,” katanya.
 
“Selain pembangkang, kadang-kadang ada juga orang yang kecewa akan mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi keadaan.
 
Katanya lagi, dakwaan tersebut seperti sengaja digembar-gemburkan pihak tertentu ketika menjelangnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin.
 
Syed Ali sekali lagi menegaskan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi tetap menyokong dan mempertahankan kepimpinan Najib.
 
Mat Taib Tumpang Semangkuk
 
Malah katanya, sokongan terbuka ketiga-tiga sayap, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO terhadap Najib membuktikan Perdana Menteri ‘tidak keseorangan’ menangani setiap isu yang dibangkitkan.
 
“Sokongan terhadap Najib menunjukkan ahli-ahli UMNO lebih mengutamakan kepentingan parti daripada agenda peribadi,” tegasnya.
 
Mengulas kenyataan keras bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhamad Haji Mud Taib yang kini menjadi ahli seumur hidup Pas, yang turut mengecam Najib, Syed Ali berkata bekas Menteri Besar Selangor itu tidak berhak mencampuri urusan UMNO.
http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2013/04/muhammad-muhd-taib-masuk-PAS2.jpg
“Mat Taib kata dia sokong Dr. Mahathir dan serang Najib, itu hak dia, tetapi apa kredibiliti beliau untuk mempertikaikan Perdana Menteri sedangkan dia bukan lagi pemimpin UMNO,” tegasnya.
 
Tambah beliau, kecaman Mat Taib terhadap Najib itu tidak semestinya diterima oleh rakyat.
 
Beliau menyifatkan Mat Taib sengaja ‘tumpang semangkuk’ untuk memburukkan kepimpinan Najib dan seterusnya meruntuhkan perpaduan UMNO.
 
“Zaman sudah lama berlalu, betul Mat Taib mengaku Dr. Mahathir bekas bos beliau, tetapi kini era Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO,” ujarnya.
 
Bagaimanapun katanya, serangan Mat Taib terhadap Najib tidak memberi kesan kerana ahli-ahli UMNO khususnya rakyat tahu ‘sejarah’ bekas Menteri Besar Selangor itu.
 
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment