Monday, April 13, 2015
GST Bukan Tuhan, Tentu Siapa Makan Atau Tidak
12 April 2015, Seremban : AGAK menggelikan
hati bila lebih ramai orang hari ini lebih berminat membaca dan mengulas
tajuk dari isi yang sebenarnya. Zaman awal berperang di Internet dulu,
kalau ada yang buat perangai macam itu, buta saja kena maki.
Tapi zaman ini, dengan kewujudan micro
blogging seperti Twitter dan Facebook, ditambah dengan kewujudan portal
pembelit seperti Malaysiakini dan sebagainya, kegilaan mengulas dan
membuat keputusan berdasarkan tajuk ini semakin menjadi-jadi.
Inilah kes yang penulis lihat berlaku
kepada Datuk Ahmad Maslan. Apa yang disebut tu sebetulnya tidak ada apa
yang membawa maksud menghina pun tapi kerana seperti yang disebutkan
diatas, orang yang buat judgement atas kenyataannya itu hanya ulas dari
tajuk, maka nampaklah buruk.
Lebih-lebih lagi setelah GST dilaksanakan awal bulan ini dimana Ahmad Maslan menjadi jurucakap tak rasmi.
Hari ini orang cepat nak cari buruk,
dari cari yang baik, politiklah katakan. Kalau Anwar meliwat, tunjuklah
bukti sesaintifik mana pun, percayanya tak juga, tapi kalau ulasan
pemimpin UMNO diberikan tajuk yang sensasi, maka masing-masing cepat nak
menghukum itu dan ini.
Bangla, Nepal dan Indon yang datang cari
makan disini pun belum pernah kita dengar mati kebulur, rakyat kita
pulak lagi, itu saja bukti yang paling jelas.
Apa pun penulis nak sebutkan disini, GST
ni bukanlah tuhan baru menentukan siapa makan atau tidak. Ya,
dikalangan 30 juta rakyat Malaysia hari ini ada yang kesusahan serta
kurang makan tapi sebetulnya lebih ramai lagi yang mati sebab terlalu
banyak makan.
GST bukan tuhan yang tentukan rezeki dan
bukan semua kedai makan kenakan GST.
Banyak lagi tempat yang tidak
mengenakan GST kepada pelanggan masing-masing, kenapa tak cari ini?
Lagipun seperti yang pernah penulis
katakan, rakyat Malaysia membazirkan wang untuk banyak benda tak perlu
lebih banyak dari nilai yang dibayar untuk GST, antaranya bayar parking
haram atau serah duit untuk tabung PAS seperti dalam demo Hindar
semalam.
Betul tak betul?
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment