Monday, April 13, 2015
Mukhriz Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Sokong PM – Adun Bukit Lada
12 April 2015, Alor Setar
: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin
menggesa Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri
Besar Kedah sekiranya tidak lagi boleh menyokong kepimpinan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri
dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional, sekiranya beliau
tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan.”
Beliau yang ditemui oleh SuaraTV selepas perjumpaan tergempar
sebahagian pemimpin UMNO Kedah melahirkan kecewa dengan tindakan Mukhriz
yang masih bermain tarik-tali dan enggan membuat kenyataan terbuka
menyokong kepimpinan Najib.
Ahmad menegaskan bahawa Mukhriz harus membezakan antara sokongan kepimpinan dengan isu.
“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit
Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Mohd Najib.
Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB,
tindakan tegas akan diambil.”
Ahmad juga menyatakan Mukhriz berbeza pendapat dengan beliau dan Ahli-ahli Parlimen yang hadir.
Dalam pertemuan tersebut Mukhriz berkata akan menunggu siasatan
terhadap 1MDB selesai sebelum menyatakan sokongan terhadap kepimpinan
Perdana Menteri.
“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya
(siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika
siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat” ujarnya
kepada SuaraTV sebentar tadi.
Namun menurut Ahmad, kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh Ketua Umno
Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom yang turut hadir dalam
perjumpaan tersebut dengan menegaskan isu sokongan terhadap Perdana
Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.
Jemputan perjumpaan pagi ini dibuat oleh Setiausaha Politik kepada
YAB Menteri Besar, Datuk Azimi Daim petang semalam kepada Ketua-Ketua
Umno Bahagian, ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun negeri Kedah bersama MB.
“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong
YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar
berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana?
Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”
“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM
jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.
Selain Ahmad, antara Adun yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut
Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrhaim (Pedu), Dato Abu Hasan
Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).
Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang hadir
ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Dato Dr Ku Abd
Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin
Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Dato
Haji Badrol Hisham Hashim.
Seterusnya Ketua Umno Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian
(Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum
(Kubang Pasu), Dato Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah
Hasnan (Kuala Kedah).
Terbaharu Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib
melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang menyentuh mengenai kes
Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari
ini Dr Mahathir ‘menyerang’ semula dengan lebih keras.
Dipetik daripada sumber : Suara.tv
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment