Sunday, April 05, 2015
Jenazah Jamaluddin Jarjis Disemadi Di Masjid Negara, Petang Ini
5 April 2015, Kuala Lumpur : Jenazah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri
Jamaluddin Jarjis akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
selepas solat Asar petang ini. Sebelum itu, pada jam 11.30 pagi jenazah
allahyarham akan dibawa ke Masjid Taman TAR, Ampang dan kemudiannya
dibawa pulang ke kediamannya di The Mines.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk
Azlin Alias pula akan dibawa ke Surau Taman Saujana Impian, Batu 13,
Kajang dan akan disemadikan selepas solat Zohor, di sini.
Allahyarham Tan Sri Jamaluddin dan Datuk Azlin adalah antara yang
terlibat dalam nahas helikopter melibatkan enam orang di Semenyih petang
semalam.
Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas
Allahyarham dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang
beriman – AL-FATIHAH
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment