Monday, April 13, 2015
Jentera Parti Beri Penjelasan Berterusan Isu CBP Sepanjang PRK Permatang Pauh – Muhyiddin
12 April 2015, Bukit Mertajam : Barisan Nasional (BN) akan memberi
penerangan dan penjelasan berterusan berhubung pelaksanaan Cukai Barang
dan Perkhidmatan (CBP) sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Permatang
Pauh.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya
yakin CBP akan menjadi sebahagian daripada isu utama yang akan
dibangkitkan pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen kelak.
“Walaupun (jika) pembangkang tidak membawa isu ini, kami akan turun
ke bawah memberi penerangan. Dalam lawatan saya di pasar awam Seberang
Jaya pagi tadi, ramai yang masih bertanya, belum jelas, tidak faham dan
ada juga yang tidak suka.
“Kita telah menjelaskan sebab dan tujuan kita memperkenalkan CBP. Ini
adalah sistem percukaian yang agak lebih kemas, tersusun dan juga baik.
Malaysia adalah antara negara yang agak terakhir dalam memperkenalkan
CBP,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat
bersama UMNO dan BN negeri di sini hari
ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pegerusi BN berkata setiap aduan yang
dikemukakan rakyat berhubung pelaksanaan CBP akan diberi perhatian
sewajarnya.
“CBP juga akan menjadi perkara pokok bagi BN sepanjang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama
kepimpinan UMNO bahagian, komponen BN, ketua-ketua cawangan dan
ketua-ketua pusat daerah mengundi Parlimen Permatang Pauh, Muhyiddin
menyeru jentera parti supaya menggunakan kebijaksanaan dan cara yang
berhemah dalam memberi penerangan kepada
pengundi.
“Kita nak menggerakkan jentera-jentera kita ini. Jangan kita tidak
tahu ini adalah situasi perang. BN mesti menang. Sesuatu yang kita nak
buru ialah musuh kita. Kita bukan memburu dengan peluru tetapi dengan
kebijaksanaan. Bila bercakap mesti dengan teratur.
“Mereka (pengundi) akan kemukakan kepada kita berbagai-bagai soalan.
Inilah masanya untuk kita memberi penerangan yang betul. Kita harus
bersedia untuk memberi penerangan dan penjelasan yang boleh diterima.
Setiap satu isu
meletakkan satu tanda soal dalam pemikiran pengundi,” katanya.
Beliau berkata jentera parti harus memainkan peranan memberi
penerangan satu persatu dari rumah ke rumah agar pengundi mendapatkan
penjelasan tepat berhubung sesuatu isu itu.
Muhyiddin berkata jentera parti juga perlu bergerak selangkah ke
hadapan daripada pembangkang dalam menangani isu yang dibangkitkan.
“Jangan kita jadi ‘defensive’. Kita kena tembak dulu sebelum mereka
(pembangkang) tembak. Seeloknya kita buat persiapan awal,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment