Sunday, April 05, 2015
Mahukah Rakyat Seorang PM Boneka?
5 April 2015, Kuala Lumpur : MENURUT status mukabuku seorang
jurugambar maya yang agak popular, pelbagai tuduhan/dakwaan (berbentuk
soalan) yang dilemparkan oleh Tun Mahathir (90 tahun)
ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah kerana
banyak teguran dan nasihatnya selama 4 tahun ini yang tidak diambil
peduli oleh Najib.
Dalam erti kata lain yang penulis faham,
maksud status itu macam nak Najib ini jadi boneka kepada Mahathir pulak
dan bila nasihat/teguran tak diturut, nak disuruhnya kawan tu letak
jawatan.
Ini agak mengelirukan kerana ketika
menjadi penasihat Petronas dulu, Mahathir mengakui bahawa nasihatnya
tidak semesti dipakai oleh pengurusan Petronas, itu dengan ada jawatan
penasihat pun tak semestinya nasihat dipakai. Dalam hal sekarang, siapa
yang lantik beliau sebagai penasihat Najib sehingga bila nasihatnya
tidak dipakai Najib maka Najib perlu meletak jawatan?
Baru persoalan itu, apa pulak agaknya
perasaan rakyat Malaysia ini bila dapat tahu bahawa Perdana Menteri
mereka adalah boneka kepada orang lain?
Mahukah rakyat Malaysia ini mempunyai
seorang Perdana Menteri seperti itu, dan apakah akan jadi kepada negara
ini setelah tok dalang yang mengawal boneka ini, mati, nyanyuk, hilang
ingatan dan sebagainya?
Suka nak dijelaskan disini bahawa Najib
bukanlah robot atau boneka kepada sesiapa. Najib perlu memerintah
dengan caranya sendiri, bukan sebab ikut cakap orang. Baik buruk
keputusan yang diambilnya, adalah di tanggung beliau dan pentadbirannya,
bukan sebab nasihat/teguran orang lain.
Rakyat pun tak mahu Perdana Menteri yang
dikawal dari belakang. Tak tahulah kalau sewaktu Mahathir jadi Perdana
Menteri, beliau juga dikawal oleh orang lain dari belakang?
Itu
rasanya tidak berlaku, kalau tidak, taklah ada yang mendakwa Mahathir
seorang diktator (orang dakwa, bukan betul-betul diktator pun).
Malah, antara alasan Mahathir kenapa
Anwar perlu dihalang dari jadi Perdana Menteri ialah kerana dia
berpotensi menjadi boneka asing. Nampak macam Mahathir anti kepada
pemimpin boneka.
Dah sekarang nak Najib jadi boneka beliau pulak, bila tak ikut, disuruhnya berhenti. Apa dah jadi?
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment