Friday, April 10, 2015
Najib Tidak Terlibat Bunuh Altantuya – Pak Lah
10 April 2015, Petaling Jaya : Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat
dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata
bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat.
Abdullah berkata siasatan terhadap kes itu pada 2006 telah disimpul semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
“Antara perkara yang dilaporkan semasa saya menjadi Perdana Menteri
adalah hasil siasatan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu.
“Berdasarkan kepada penemuan dari siasatan menyeluruh yang dijalankan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disampaikan kepada saya, ia telah
mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat langsung dalam kes
tersebut,” katanya.
Altantuya dibunuh pada 18 Oktober 2006 dan mayatnya ditemui di dalam hutan berhampiran Puncak Alam, Shah Alam.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment