Friday, April 10, 2015

Beliau Memang ‘Lejen’ Dalam UMNO…

lejen

9 April 2015, Kuala Lumpur : Dalam pengamatan penulis, jika PAS mempunyai Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang seolah dianggap ‘maksum’ oleh para pengikut parti pembangkang itu, apa kurangnya segelintir penyokong UMNO yang turut melakukan perkara yang sama terhadap seorang ‘lejen’ UMNO.

Membesar di zaman beliau, penulis dapat lihat segala jasa dan kehebatannya yang mentadbir negara selama 22 tahun sejak 1981. Beliau memang ‘lejen’. Tidak dinafikan. Diiktiraf di dalam dan di luar negara. Penulis bangga dengan beliau…

Sekiranya ditanya pada mereka yang melalui zaman pentadbiran “Mr All Right” itu, apa yang beliau putuskan, laksanakan, lakukan, dasar dan segala bentuk tindakan yang beliau lakukan ‘semua’nya betul belaka. ‘Tiada’ yang salah, melainkan ‘benar-benar’ belaka.

Khabarnya, jika ada sesiapa yang membangkang tidak setuju mahupun kurang setuju dengannya, maka ‘siap’lah orang itu. Kalau ada pihak yang cuba cerita sesuatu yang buruk berkenaan orang yang beliau suka, maka orang itu akan dituduh dengki dan khianat.

Cerita mengenai Tun Hanif Omar masuk mengadap beliau menceritakan tentang ‘anak emas’nya yang dilaporkan terlibat dengan aktiviti meliwat dikatakan telah dibalas dengan tuduhan ‘cemburu’ dan mahu menjatuhkan Timbalan yang dipilihnya, kan?

Di sepanjang pentadbirannya, beliau tiada salah. Jika ada yang menyatakan ketidakpuasan hati, maka beliau akan jelaskan bahawa keputusan tersebut dilakukan bersama barisan kabinet dan bukan keputusan beliau seorang sahaja. Kononnya beliau tiada kuasa veto…

Padahal, kita dapat melihat gaya “style” pentadbirannya. Jika tidak, takkanlah Mahfuz dan pemimpin pembangkang lain menggelarnya dengan gelaran ‘diktator’, bukan? Tapi tak mengapalah, beliau memang ‘maksum’…

Sepanjang 22 tahun mentadbir, beliau ‘tidak’ punya sebarang skandal. Malah sedikit pun namanya ‘tidak’ terpalit dengan mana-mana skandal. Sama ada skandal kewangan, politik, dasar negara, undang-undang, mahupun peribadi.

Perwaja? PKFZ? Ku Li? Semangat 46? UMNO Baru? ‘Apa nama’ tu..? Semua itu bukan skandal. Itu nama syarikat, nama kawasan perindustrian, nama parti politik. Mana ada skandal. Kalau ada pun yang lain, semua itu nama-nama sahaja. Bukan ada apa pun…

mahathir_dan_skandal_perwaja

Kepada semua orang UMNO, kita semua perlu sokong ‘lejen’. Apa yang disuarakan seorang ‘lejen’ itu adalah untuk kepentingan rakyat, bukan untuk Ananda Krishnan, Eric Chia, Vincent Tan, Robert Kuok, Lim Goh Tong atau sesiapa pun. Itu suara hati ‘rakyat’, dia seorang sajalah ‘lejen’ rakyat..

Jika dituduh beliau mengamalkan kroni dan melindungi kepentingan kroninya, semua itu karut belaka. Lihatlah sendiri di sekeliling kita. Mana ada keluarga beliau yang terlibat politik.

Mana ada beliau guna pengaruh namanya untuk tolong kroni-kroninya, kan?

Penulis yakin, jika sesiapa yang menghentam beliau, maka orang itu akan dihentam habis-habisan. Tidak dapat membalas hujah dengan fakta, ditaji pula peribadi pihak yang menghentam ‘lejen’ berkenaan. Kita kena faham, ‘lejen’ itu ‘maksum’ orangnya…

Jika dulu ketika beliau mengetuai Kerajaan Barisan Nasional menghentam pihak pembangkang, kini mereka yang pernah menggelarnya ‘Maha-Zalim’ dan ‘Maha-Firaun’ itu disokongnya. Malah beliau menjadi ‘pusat rujukan’ terkini berhubung kes jenayah! ‘Lejen’ politik bertukar menjadi ‘lejen’ lawyer?

Setelah tidak lagi memegang sebarang kuasa, beliau masih mahu semua orang mendengar kata-katanya, termasuk Perdana Menteri. Macam itulah baru ‘lejen’, kan? Kalau tidak mendengar kata, beliau akan serang dalam blog. Tak cukup di blog, di pentas pembangkang dan media pro-pembangkang pun boleh, asalkan hatinya puas…

Sekali dihentam tidak cukup. Akan dihentam berkali-kali. Selagi tidak capai matlamat menurunkan Najib dari jawatan Perdana Menteri, beliau tidak akan puas. Biar tumbang kerajaan BN, biar UMNO berpecah belah, asalkan hatinya puas…

Najib jawablah bagaimanapun, Najib jelaskanlah macam mana pun, Najib tunjukkanlah bukti sekukuh mana pun, selagi Najib tidak turun dari jawatan Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri, beliau takkan terima. Macam tu barulah ‘lejen’, kan?

Biarpun sebenarnya beliau boleh gunakan cara yang lebih baik, saluran yang tepat dan tertutup, beliau tetap memilih cara yang begitu ‘harum mewangi’ untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dulu sudah berjaya sekali, mungkin beliau harap berjaya juga kali ini.

Apapun, penulis harap negarawan yang banyak berjasa itu tidak lagi mempamerkan sikap “lejen’nya itu di mata rakyat. Tidak tunjuk pun, kita tahu beliau ‘lejen’. Jadi tak payahlah tunjuk ‘lejen’ lagi, kan? Wallahu’alam.

Disediakan oleh : EDITOR

No comments:

Post a Comment