Friday, April 10, 2015
UMNO Dalam Krisis Lagi, Bila Jawapan Sudah Tidak Mencukupi (5): 1MDB
9 April 2015, Kuala Lumpur : Hari ini Tun Mahathir Mohamad menulis lagi. Dalam
keadaan sinis Dr Mahathir bertanya apakah mereka yang menyokong Perdana
Menteri Najib Razak juga menyokong segala “kepincangan” 1MDB yang
beliau tulis dan dakwa.
Jika kita yang menyokong Najib Razak percaya 1MDB tiada kepincangan,
maka kita mesti menyuruh Daim Zainuddin, Tengku Razaleigh Hamzah,
Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin menutup mulut. Dengan kata lain Tun
menganggap keempat mereka ini menyokong Tun supaya Mohd Najib menjawab
semua persoalan beliau.
Shahrir Samad dan Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan jelas menyatakan sokongan kepada Mohd Najib. Shahrir sendiri dilaporkan portal BNBBC berkata,
““Dr Mahathir tidak akan tahu apa yang kami lakukan di peringkat akar
umbi, ini orang atas-atas, kami peringkat bawahan.”
Setelah membawa pelbagai isu yang peribadi dan emosi, Tun Mahathir
hari ini memfokuskan kepada 1MDB dan Jho Low. Tun Mahathir minggu lalu
menyerang 1MDB dalam beberapa isu yang sebenarnya telah ada jawapan
walaupun mungkin tidak sempurna seperti dikehendakinya.
1MDB telah membuat banyak penjelasan yang jelas sekali tidak dibaca atau diterima oleh Tun Mahathir.
Atas sebab itu, pada awal Mac lalu, Perdana Menteri Mohd Najib Razak telah mengumumkan siasatan terperinci ke atas akaun 1MDB oleh Ketua Audit Negara.
Malangnya, Tun Mahathir seolah-olah ada agenda lain mahu mengenakan
Mohd Najib sehingga tidak mahu menunggu laporan Ketua Audit Negara untuk
menyerang Najib Razak dan 1MDB.
Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan
siasatan ke atas akaun 1MDB. Keputusan Siasatan ini pula akan
dikemukakan kepada Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam (yang
mengandungi wakil rakyat pembangkang dan kerajaan) untuk disemak dan
diteliti.
Mohd Najib sendiri menegaskan “Jika terdapat sebarang salahlaku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.”
Jika Tun mahukan jawapan sekarang, tentulah Perdana Menteri tidak
boleh berikan kerana ia bermakna beliau mendahului siasatan Ketua Audit
Negara dan Jawatankuasa Parlimen.
Mengapa Tun begitu keras menyerang dan
menyerang Mohd Najib biarpun beliau tahu siasatan sedang dijalankan?
Sebenarnya jawapan sudah tidak mencukupi untuk Tun. Beliau ada agenda
dan perencanaan tersendiri. Hanya beliau dan orang-orang di
sekelilingnya yang mengetahui.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment