Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bekas Perdana Penteri itu diketahui umum sebagai seorang tokoh dan pemimpin sebelum ini dan beliau masih mempunyai pandangan, berpengaruh dan ada pengikutnya.
Friday, April 10, 2015
Walaupun Mahathir Berpengaruh, Kita Perlu Beri Peluang Pada Najib – TPM
9 April 2015, Jakarta : Tan Sri Muhyiddin Yassin hari
ini meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi peluang kepada kerajaan
pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat kerja
dengan caranya tersendiri demi kepentingan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin tidak semestinya setiap
perkara yang dibuat oleh kerajaan hari ini dipersetujui oleh Dr.
Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dan begitu juga semasa
kepimpinannya, ada juga keputusan yang dibuatnya tidak dipersetujui
semua orang.
“Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini
cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan
sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi
subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada impaknya
walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu,” katanya
kepada pemberita di sini.
Timbalan Perdana Menteri berada di Jakarta sempena lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bekas Perdana Penteri itu diketahui umum sebagai seorang tokoh dan pemimpin sebelum ini dan beliau masih mempunyai pandangan, berpengaruh dan ada pengikutnya.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment