Thursday, April 16, 2015

Pemuda UMNO Kuala Terengganu Minta KWSP Tarik Balik Cadangan

16 April 2015, Kuala Terengganu : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu hari ini menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan KWSP untuk meyelaraskan umur pengeluaran simpanan KWSP dari usia 55 tahun ke 60 tahun.

Ketuanya, Datuk Dr. Najmil Faiz  Mohamed Aris berkata, cadangan KWSP untuk meminda had umur pengeluaran simpanan persaraan kepada 60 tahun berbanding 55 tahun dengan alasan hampir 70 peratus ahlinya menghabiskan wang tersebut dalam tempoh lima tahun, dianggap sebagai alasan tidak munasabah.

“Perkara ini bagi kami amat tidak wajar sekali memandangkan jika berdasarkan keadaan ekonomi semasa di mana kos sara hidup yang kian meningkat tahun demi tahun. Justeru itu, bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, kami tidak bersetuju dengan cadangan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
kaunter kwsp 
Tambah beliau, KWSP sepatutnya terlebih dulu perlu mendapatkan pandangan dan persetujuan bersama para pencarum dan pihak berkepentingan yang lain, sebelum mencadangkan mengenai isu kenaikan had umur tersebut.

“Dari satu sudut,  kita melihat perkara yang dicadangkan ini mesti mengambil kira kepentingan dan keutamaan rakyat, memandangkan jumlah ahli KWSP meningkat setiap tahun dan ini ia mempunyai 14.192 juta ahli dengan 6.659 juta ahli aktif.

“Ini sekali gus menyaksikan KWSP menerima caruman yang tinggi dengan mencecah RM4.76 bilion sebulan atau keseluruhan RM57.17 bilion pada tahun lalu. Jadi sepatutnya sebarang cadangan yang berhubung kait dengan pencarum dan pihak berkepentingan perlu mendapat pandangan dari golongan ini terlebih dulu,” jelasnya.

Sehubungan itu,  beliau memohon pihak KWSP menarik balik semula cadangan dan berbincang dengan para pencarum sebelum sebelum sebarang keputusan yang bakal dilaksanakan demi menjaga kepetingan rakyat.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment