Thursday, April 16, 2015

Pendirian Pemuda Pas Di Permatang Pauh Jangan Sekadar “Buih Pepsi Cola”

16 April 2015, Kuala Lumpur : Ketetapan Pemuda Pas Pulau Pinang untuk memboikot kempen Pilihan raya Kecil Permatang Pauh diharap bukan sekadar ‘buih pepsi cola’ yang hanya garang dipermulaan sepertimana episod yang berlaku sebelum ini antara rakan sekutu mereka yang lain.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata keketapan yang diambil oleh sayap Pemuda Pas itu berikutan kegagalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan Majlis Eksekutif Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menarik balik kenyataan berkaitan Presiden Pas dilihat satu kenyatan yang berani, lantang dan berpendirian tegas.
Rafizal Abd Rahim
Namun menurut beliau cumanya seperti seperti sebelum ini pendirian Pemuda Pas itu tidak hanya sekadar menjadi pendirian buih pepsi cola kerana ketegasan cukup penting memandangkan Pas di Pulau Pinang seolah-olah diberi layanan ‘kelas ketiga’.

“Apa pun yang kita nampak dalam perkara ini hubungan antara mereka ibarat retak menunggu belah. Pemuda Pas seharusnya sedar bahawa mereka selama ini dilayan oleh sekutu sendiri di negeri ini setelah berlaku pergeseran di peringkat pusat.

“Keretakan ini dilihat selari dan sinonim pula dengan kemelut hubungan di peringkat atas dan makin menyerlah keretakan tersebut apabila pimpinan tertinggi Pas tidak menghadiri Majlis Pelancaran Jentera PKR sebelum ini.

“Biar apa pun alasan yang diberikan seperti tidak boleh mengubah jadual atau sebagainya adalah alasan yang tidak masuk akal dan hanya memaparkan bagaimana hubungan antara mereka. Tercetus juga pertanyaan apakah ketetapan Pemuda Pas itu mendapat ‘signal’ daripada atasan,” katanya.

Dilaporkan kurang 24 jam PKR melancarkan jenteranya di Permatang pauh, Pemuda Pas Pulau Pinang mengumumkan tidak akan memberikan kerjasama sepanjang kempen tersebut.

Ketetapan itu dinyatakan Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berikutan kegagalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan Majlis Eksekutif Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menarik balik kenyataan berkaitan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Hudud.

Mengulas lebih lanjut Rafizal seterusnya menambah Pemuda negeri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab seperti biasa sepanjang kempen berkenaan dan melihat keretakan tersebut adalah masalah pihak lawan.

Katanya pergerakan itu sepertimana pilihan raya sebelum ini akan membantu jentera BN bersama dengan rakan-rakan Pemuda parti komponen yang lain dalam usaha membantu kemenangan calon BN kelak.

“Itu adalah masalah mereka dan biarlah mereka selesaikan. Cumanya kita pun nak tengok jugalah sejauh mana keberanian Pemuda Pas berpegang kepada ketetapan yang dikeluarkan itu. Kita seperti biasa kempen untuk menangkan calon kita,“katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment