Friday, April 10, 2015
#PMJawab: Apa Yang Ditegur, Apa Yang Ditulis Dalam Blog?
10 April 2015, Kuala Lumpur : TELAHAN penulis bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir (90 tahun) dalam
artikel semalam, ternyata benar bila malam tadi Perdana Menteri muncul
dalam rancangan khas di TV untuk menjelaskan semua persoalan itu kepada
rakyat (bukan kepada Tun Mahathir).
Sebab itu dibuat di TV.
Isu berkaitan 1MDB, seperti yang
dijelaskan sedang dalam penyiasatan oleh Jabatan Audit Negara. Laporan
itu nanti kemudiannya akan diserah kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang
Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan (kerajaan ada, pembangkang pun
ada) sebelum diumum kepada rakyat.
Jadi kalau tidak disentuh secara menyeluruh atau sepertimana yang dimahukan Tun Mahathir, itu adalah kerana sebab di atas.
Yang penting nak dinyatakan disini
ialah, penjelasan malam tadi tidak jauh beza dengan jawapan sama yang
telah dimainkan banyak pihak (termasuk portal ini) cuma kali ini ia
keluar dari mulut beliau sendiri disamping beberapa perkara baru yang
kita sendiri pun baru dengar malam tadi.
Antaranya, teguran Tun Mahathir yang
dikatakan tidak didengar Perdana Menteri iaitu tuntutan agar Datuk Seri
Najib menghapuskan pemberian BR1M dan meneruskan projek Crooked Bridge (Jambatan Bengkok) untuk menggantikan tambak Johor.
Ini menarik sebab, sementara bantahan
Mahathir terhadap perlaksanaan BR1M memang sudah diketahui umum,
tuntutan agar Datuk Seri Najib meneruskan projek Jambatan Bengkok itu,
baru sekarang kita tahu.
Tak pernah dalam mana-mana entry di
blognya Tun Mahathir menulis tentang itu (mendesak Datuk Seri Najib
meneruskan projek Jambatan Bengkok), tapi dalam pendedahan Perdana
Menteri semalam ada.
Begitupun, yang menjadi
persoalan sekarang, apa relevannya teguran tidak didengar (hapus BR1M
dan Jambatan Bengkok) dengan 1MDB, Altantunya, Sirul dan lain-lain yang
ditulis dalam blog, sekalipun kononnya berbentuk pertanyaan?
Lain yang ditegur, lain pulak yang ditulis, apa ni, nak ugut kah?
Harap ada jawapan untuk itu sebab
sangatlah tidak cantik untuk seorang yang diiktiraf negarawan kerana
jasanya terhadap negara, berperwatakan sedemikian.
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment