Friday, April 10, 2015
Bila Masa Najib Arah Semua Pihak Sokong Beliau?
10 April 2015, Kuala Lumpur : Nampaknya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir agak emosi dalam
serangan terbaru yang beliau lancarkan terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, semalam. Mengapa emosi Tun M? Tidak eloklah
beremosi dalam usia hampir 90 tahun, tidak baik untuk kesihatan…
Semalam, Tun M menyindir semua pihak yang menyokong Najib supaya
turut sama menyokong 1MDB yang beliau katakan berhutang sebanyak
RM42(+3) Bilion. Dari mula menulis RM42 bilion, beliau tambah lagi RM3
bilion. Emosi betul…
Menariknya, emosi melampau-lampau Tun M begitu terserlah apabila mahu
pihak yang menyokong Najib supaya ‘mesti’ berkawan dengan Jho Low yang
dianggap Tun M sebagai rakan rapat Perdana Menteri seperti rapatnya
beliau dengan Tun Daim Zainuddin.
Namun penulis terkejut juga apabila beliau tiba-tiba menuduh Najib menyuruh ramai pihak untuk menyokong Perdana Menteri itu!
“I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him,” tulis Tun M semalam.
Melalut sampai begitu sekali emosi Tun M? Penulis mohon Tun M bertenang. Bawa mengucap banyak-banyak…
Wahai Tun M yang penulis sayangi. Penulis yakin bahawa Najib juga
seperti Tun M, tidak pernah menyuruh sesiapa pun menyokong beliau.
Maksudnya, sokongan yang diberikan terhadap Najib itu adalah “genuine”
berdasarkan hakikat dan rasional keadaan.
Penulis tidak diarahkan Najib atau sesiapa pun untuk menyokong Najib
untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. Tun M ada bukti kukuh
menunjukkan Najib mengarah semua pihak menyokongnya?
Penulis mohon pada Tun M, jangan terlalu emosi dalam menyerang. Bila
‘terlajak’ menuduh begini, apa agaknya pandangan orang ramai seperti
penulis terhadap Tun M? Penulis tidak mahu imej ‘lejen’ Tun M tercalar
di mata orang ramai…
Tun M yang penulis hormati, berkenaan RM42 bilion atau RM45 bilion
itu, diulangi untuk kesekian kalinya, ia sedang dibawah siasatan audit
yang diketuai oleh Ketua Audit Negara dan akan hasilnya akan diserah
pada Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam.
Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-kira Awam itu pula turut dianggotai
oleh wakil rakyat pembangkang dan kerajaan. Agaknya kalau ada
pembangkang di dalam jawatankuasa itu, boleh ‘lepas’kah jika ada
penyelewengan?
Jadi, sabar sajalah. Tunggulah hasil siasatan dan keputusan
jawatankuasa itu. Tapi kalau Tun M ragu-ragu pada Ketua Audit Negara dan
Jawatankuasa itu, Tun M boleh minta Najib supaya melantik Tun M sebagai
Ketua kepada Ketua Audit Negara dan PAC. Penulis yakin, kemungkinan
besar permintaan itu akan dikabulkan…
Jika sudah ada keputusan dan laporan penuh nanti, Tun M minta satu
salinan dan teliti sepuas-puasnya. Jika tidak puas hati juga, boleh
direbus salinan itu dan diminum airnya. Cuma penulis menyarankan supaya
tidak berbuat demikian kerana ia akan membahayakan kesihatan Tun M. Wink!
Justeru itu, tidak wajarlah menyuruh para penyokong Najib dalam hal
pertikaian dengan Tun M ini supaya turut sama menyokong 1MDB. Untuk apa
menyokong 1MDB selagi siasatan belum diputuskan? Penulis cuma menyokong
Najib kerana beliau sendiri mahu dakwaan penyelewangan itu dikorek
hingga ke lubang cacing menerusi siasatan audit itu, salahkah?
Malah Najib sendiri mencari kebenaran di sebalik tohmahan Tun M yang
seiring dengan pihak pembangkang itu. Dan penulis percaya beliau tidak
teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang menyeleweng dana
1MDB. Namun sebelum itu, “1MDB is still innocent until proven guilty“, bukan?
Tidak perlulah Tun M bersikap kebudak-budakan memaksa para penyokong
Najib berkawan dengan Jho Low. Penulis menyokong Tun M dahulu, tapi
tidak pula penulis berkawan dengan kawan-kawan rapat Tun M seperti
Ananda Krishnan, Eric Chia, Robert Kuok dan sebagainya. Kalau penulis
berkawan dengan mereka, sudah tentu dah jadi jutawan sekarang, kan?
Tun M yang penulis kasihi, sudah-sudahlah bercakaran menyerang Najib.
Penulis yakin, Tun M pun tahu Islam tidak menganjurkan umatnya bersikap
begitu sesama muslim. Itu bukan akhlak Islam yang diterapkan Rasulullah
SAW, bukan?
Pergilah minta pegawai Tun M mengatur pertemuan dengan Najib. Jika
gagal kali pertama, boleh dianjurkan pertemuan kedua, ketiga, keempat,
kelima mahupun ke seratus kali dalam usaha membantu dan memantapkan
kepimpinan negara.
Tun M perlu tahu dan sedar bahawa Najib mewarisi ‘kerosakan’
kepimpinan terdahulu yang dipilih oleh Tun M sendiri. Sepatutnya, Tun M
membantu dengan cara membina dan bukannya meruntuhkan jemaah ‘tiang
seri’, bukan?
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment