Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing berkata, ini kerana Najib menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap soal pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri itu dan juga rakyat di Sabah.
Thursday, April 02, 2015
PRS Yakin Najib Terajui Negara Selepas PRU-14
3 April 2015,  Kuching : Parti Rakyat Sarawak (PRS)
 yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk 
Seri Najib Tun Razak akan menang besar dalam pilihan raya umum akan 
datang khususnya di Sarawak.
Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing berkata, ini kerana Najib menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap soal pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri itu dan juga rakyat di Sabah.
“Najib juga mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia selepas 50
 tahun negara merdeka yang juga merupakan tarikh penting bagi rakyat 
Sarawak dan Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan BN di bawah Najib memberi peruntukan yang besar untuk Sarawak seperti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.
“Sebelum ini banyak lebuh raya dibina di Semenanjung seperti Projek 
Lebuh Utara Selatan dan Lebuh Raya Timur Barat selain beberapa projek 
mega antaranya Menara Berkembar Petronas (KLCC), dua projek jambatan di 
Pulau Pinang, jambatan menghubungkan Johor dengan Singapura serta 
sekolah dan hospital,” ujarnya.
Katanya, walau bagaimanapun kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah terus terabai.
“Najib meluangkan banyak masa melawat ke Sarawak dan Sabah serta 
memberi peruntukan bagi tujuan pembangunan di kedua-dua negeri itu,” 
ujar beliau.
Malah kata James, Najib turut melawat ke kawasan-kawasan yang pemimpin lain tidak pernah lakukan.
“Ini kerana beliau sedar bahawa Sabah dan Sarawak juga adalah 
sebahagian daripada Malaysia dan tanpa kedua-dua negeri itu, Malaysia 
tidak akan wujud,” katanya.
Sehubungan itu beliau yakin BN di bawah kepimpinan Najib akan terus 
memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 nanti.
Namun kata James, perkara itu akan menjadi lebih mudah sekiranya UMNO terus bersatu dan ahlinya tidak berpecah-belah.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment