“Golongan penjaja dan peniaga kecil amat perlu diberi pertolongan, tidak kira mereka daripada kumpulan etnik mana pun, penjaja dan peniaga kecil mesti diberi pertolongan oleh kerajaan,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Kecil Cina di Jalan Alor di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.
Skim Mikro Kredit Penjaja dan Peniaga Kecil Cina yang diuruskan oleh Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia itu melibatkan peruntukan RM30 juta dan menawarkan pinjaman bernilai antara RM5,000 hingga RM15,000 kepada seorang penjaja atau peniaga kecil
Dalam program berkenaan, Najib turut beramah mesra dengan golongan penjaja dan peniaga kecil di sekitar Jalan Alor.
Menurut Najib, bantuan pinjaman yang disalurkan kerajaan itu bagi mengelakkan golongan berkenaan terjerat dengan pinjaman ah long memandangkan sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.
“Mereka ini susah mendapat pinjaman sebab bank akan minta slip gaji bulan, cagaran atau penjamin, tetapi melalui skim mikro kredit ini, syaratnya lebih longgar,” katanya.
No comments:
Post a Comment