Wednesday, April 15, 2015

Saranan Haji Hadi Untuk Berunding Dengan UMNO Tepat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZVwv9AU5sw-h0tno0sddrQwy7Vn4EGEJA-ZHpfJINXdiM8-zcbx5AHLYylY6mfxHO70fasGbrFKsimAr8pl_Uic5y0MS4S-21q2TEvXY3znXMTshD9OKwN_TCGsPpQ2sQjiYqRxCAtG8f/s1600/najib-hadi.jpg

15 April 2015 

Titipan EDITOR

Bagi memastikan impian dan matlamat Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, Pas wajib berunding dan berkerjasama erat dengan Umno kerana mereka adalah parti terbesar orang Melayu. 

Dalam ucapan perasmian Program Nadwah Fiqh Ikhtilaf di Shah Alam semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, Pas dan ahlinya wajib berunding dan berkerja sama dengan Umno dalam pelaksanaan hudud.

‘Kepimpinan dan ahli Pas tidak wajar mempersoalkan kesediaan serta keikhlasan Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud berkenaan di Kelantan khususnya apabila rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Dewan Rakyat Kelak’. 

Penulis bersetuju dengan saranan Presiden Pas dalam soal ini. Kita boleh lihat kekuatan Pas di Parlimen hanya mempunyai 20 orang lebih sahaja ahli Parlimen sedangkan Umno mempunyai lebih dari 80 orang. Walaupun agak payah tetapi kita mengharapkan ahli Parlimen parti komponen Barisan Nasional dan ahli Parlimen PKR yang beragama Islam boleh turut bersama menyokong. 

Dalam ucapannya juga, Haji Hadi turut mempersoalkan tindakan DAP yang terus menyerang dan mencampuri urusan Islam dalam soal pelaksanaan hudud. 

Kenapa DAP perlu menyibuk sedangkan pelaksanaan hudud hanya untuk orang Islam dan yang bukan Islam, undang-undang sedia ada dikenakan ke atas mereka. Perkara ini menjelaskan kepada kita niat sebenar DAP yang bukan menentang hudud itu tetapi tidak mahu Malaysia ini berkembang dengan ajaran dan peraturan Islam. 

Penulis terus melihat telatah dan karenah dari Penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang, kenyataannya dilihat bahaya dan bertujuan menghasut permusuhan antara Islam dan bukan Islam. 

Semalam melalui portal berita pro pembangkang, Kit Siang dilihat risau dengan pembentukan kerjasama Pas dan Umno untuk melaksanakan hudud yang beliau lihat boleh menghancurkan persekutuan Malaysia, hancurkan Pakatan Rakyat dan mengancam Barisan Nasional.

Penulis pelik kerana bukankah Kit Siang mahu menghancurkan Barisan Nasional? Setiap kali ceramah, demo atau perhimpunan mereka selalu melaungkan ‘hancur Umno,hancur BN, tetapi kali ini Kit Siang risau Barisan Nasional hancur kerana kerjasama ini. 

Ini satu lagi sandiwara politik murahan dari DAP, di depan mereka kata ‘A’ dan di belakang mereka kata ‘B’ .

Penulis amat berharap Pas terus berkerjasama dengan Umno agar cita-cita untuk melaksanakan hudud di Kelantan tercapai dan boleh diikuti oleh negeri-negeri lain.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment