Wednesday, April 15, 2015

Cadangan KWSP Tidak Boleh Diterima

15 April 2015

Titipan EDITOR 

Semalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan untuk menyelaras umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya daripada 55 tahun ke 60 tahun. 

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2015/04/KWSP1.png

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata cadangan itu dibuat kerana kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan pesaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Saya melihat selepas cadangan ini disiarkan, rata-rata orang ramai terutamanya melalui media sosial telah membantah cadangan ini atas faktor hak mereka selepas bersara. 

Sebagai contoh jika ada pekerja ingin bersara awal adakah mereka terpaksa menunggu hampir 5 tahun untuk mendapatkan simpanan mereka, sepatutnya pihak KWSP meneliti semua aspek dan mengambil kira impkikasi selepas pekerja itu bersara awal. 

Pihak KWSP sebenarnya boleh menetapkan cadangan sama ada ahli pencarum KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka semasa berumur 55 tahun ataupun 60 tahun bukannya KWSP terus mematikan pengeluaran hanya ketika berumur 60 tahun. 

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu tentunya pekerja yang bersara awal tidak mampu menampung kos sara hidup hanya dengan mengharapkan duit bulanan pencen sahaja. 

Mereka mungkin mahu membuat modal pemulaan perniagaan kecil-kecilan dengan wang simpanan mereka. Kita semua tahu pinjaman bank sangat ketat untuk memulakan sesebuah perniagaan dan kita perlu mendidik mereka untuk tidak meminjam jika mahu membuat sesuatu perkara.

Jadi saya berharap pihak Kerajaan dan KWSP sendiri perlu menilai dan mengkaji sedalam mungkin sebelum membuat sesuatu keputusan dan cadangan pengeluaran di umur 60 tahun ini sangat tidak rasional dan membebankan ahli pencarum.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRi9-k6lkLvLEuzcyoax6kfUvkfTacPnmvYIbY9pD9wxT5ytriwDr2i60S4jTxQs8KwAzfbs3v5LGKVEGhFuPUqZOYvQKPpM068VXZz7A__HRf02MDvJFRubdLol1Fkm9ntvrwmzNZM3A/s1600/IMG_4072-1.JPG
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan 
Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment