Monday, April 13, 2015
Senator: Serang PM Seperti Dendam Peribadi
13 April 2015, Kuala Lumpur : Seorang
senator hari ini menggelar pihak yang terus menyerang kepimpinan Datuk
Seri Najib Razak, walaupun telah dijawab, sebagai mempunyai dendam
peribadi terhadap perdana menteri.
“Walaupun kita ada banyak masalah, perdana menteri dan kabinetnya
berjaya selesaikan masalah supaya rakyat tidak menderita,” kata Senator
Datuk Jaspal Singh.
Beliau berkata demikian dalam sidang media anjuran Majlis Senator
Malaysia untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi mereka pada
Najib.
“Semua orang boleh berikan komen, tetapi (dalam kes Dr Mahathir Mohamad) jawapan telah diberikan.
“Tetapi perkara ini (serangan) diteruskan, hampir-hampir jadi macam
dendam peribadi perkara-perkara yang tidak perlu,” kata Jaspal, yang
juga bendahari MIC.
Sementara itu, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman, presiden majlis itu, melihat pengkritik cuba mencemarkan imej Najib.
Mahathir sejak awal bulan ini menggiatkan asakan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir antaranya mahukan penjelasan berhubung pihak mengarahkan
pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan isu sekitar pelaburan 1Malaysia
Developement Bhd.
Dalam masa yang sama Mahathir meramalkan BN akan kecundang dalam
pilihan raya akan datang jika Najib masih menerajui parti itu dan negara
ini.
Dipetik daripada sumber : Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment