Monday, April 13, 2015
Kerajaan Dijangka Tolak Cadangan KWSP
13 April 2015, Kuala Lumpur : MENURUT sumber, kerajaan dijangka akan
menolak cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menaikkan
had pengeluaran KESELURUHAN simpanan ahli (terutama akaun 1) dari 55
tahun ke 60 tahun.
Sengaja dibesarkan perkataan keseluruhan
kerana majoriti besar dari 12 juta pencarum KWSP tahu bahawa simpanan
mereka boleh dikeluarkan untuk pelbagai tujuan seperti perumahan
(pendahuluan dan bayaran ansuran), perubatan (sakit kritikal) dan
pendidikan (sambung belajar) melalui akaun 2. Akaun 1 tu yang kena
tunggu sehingga 55 tahun.
Jika merujuk kepada kebanyakkan
komen-komen yang membantah cadangan ini, nampak macam budak sekolah yang
tak pernah mencarum atau mereka yang tidak mencarum tapi ada hati nak
komen. Penulis secara peribadi telah merasa 2 dari 3 skim pengeluaran
yang dibenarkan. Jadi tanggapan yang mengatakan tidak akan
merasa duit KWSP sehingga mati itu adalah tanggapan orang jahil dengan
skim pengeluaran KWSP.
Walaupun begitu, penulis yakin cadangan
ini tidak akan dipertimbangkan kerajaan kerana had umur persaraan
sehingga 60 tahun oleh kakitangan swasta (terutamanya) yang dijadikan
asas oleh Lembaga KWSP untuk melanjutkan had umur persaraan itu, belum
lagi dilaksanakan secara menyeluruh, walhal mereka inilah penyumbang
terbesar, bukan kakitangan kerajaan.
Asas pandangan professional penulis,
diperingkat syarikat berkaitan kerajaan pun tidak semua yang telah
melaksanakan had persaraan sehingga umur 60 tahun ini apatah lagi
syarikat-syarikat swasta lain yang lebih besar bilangannya, baik dari
segi jumlah syarikat mahupun jumlah kakitangan.
Oh ya, untuk yang tidak tahu, Lembaga
KWSP yang buat cadangan ini antara lain turut diwakili oleh wakil dari
kesatuan sekerja awam/swasta dan persekutuan majikan (selain wakil yang
dilantik kerajaan). Kesatuan sekerja swasta pulak adalah terdiri
daripada mereka yang kebanyakannya pro pembangkang. Ini semua
professional dalam bidang sumber manusia dan yang terlibat dengan
kesatuan sekerja tahu. Senang kata, nak salah kerajaan semua atas
cadangan ini, tidak boleh.
Malah kerajaan tak terbabit pun kerana
CADANGAN ini dibuat oleh ahli-ahli Lembaga KWSP yang keahliannya tidak
semua pro kerajaan.
Sambung pada penjelasan kenapa kerajaan
tidak akan bersetuju dengan cadangan tadi. Mengikut pengalaman penulis,
had umur persaraan ini wajib diletakkan di dalam kontrak perjanjian
antara majikan dan pekerja (surat tawaran kerjalah tu) dan sebarang
pindaan kepada kontrak ini (mengikut Akta Kontrak atau Akta Kerja 1955)
memerlukan persetujuan antara dua pihak, antara majikan dan pekerja,
bukan boleh main pinda macam itu saja.
Bagi yang setuju senang, bagi kakitangan
yang tidak bersetuju, perkhidmatannya perlulah ditamatkan dan dibayar
pampasan yang bersesuaian. Ini semua yang memberikan masalah kepada
syarikat-syarikat swasta yang telah sedia ada menyebutkan had umur
persaraan di dalam kontrak perkhidmatan dengan kakitangan masing-masing
untuk menyelaraskan had umur persaraan kepada 60 tahun.
Selain itu, ada juga masalah dari segi
keperluan industri yang berbeza-beza di negara ini.
Bukan semua
industri perlukan kakitangan mereka berkhidmat sehingga ke peringkat
usia emas tersebut.
Maka itu penulis secara professional
(bukan emosi atau sebab jahil) berpandangan, agak sukar untuk kerajaan
melaksanakan cadangan oleh pihak KWSP buat masa ini dan maka itu
cadangan ini akan ditolak seperti mana kata sumber tadi.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment