Monday, April 13, 2015
Pemuda Tekad Perkukuh Parti, Turun Akar Umbi Elak Sindrom Penafian – Khairy
13 April 2015, Kuala Lumpur : Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata
pergerakan itu tidak boleh berada dalam sindrom penafian walaupun
percaya isu yang dihadapi parti pada hari ini dapat diatasi.
Menurut beliau dengan penerangan serta penjelasan daripada Presiden
parti, Datuk Seri Najib Razak hari ini, tidak wujud apa-apa keraguan
lagi di kalangan Pemuda walaupun sebelum ini pergerakan itu telah
menerima penjelasan daripada Presiden parti.
Serentak itu beliau menyeru kepada semua lapisan Pemuda UMNO untuk
terus berdiri di belakang kepimpinan parti dan Presiden UMNO, Datuk Seri
Najib Razak serta menyokong usaha kepimpinan untuk memperkukuhkan parti
dan menjaga kebajikan seluruh rakyat.
“Selepas ini kita akan teruskan lagi usaha kita bawa penjelasan dan
penerangan ini kepada ahli parti dan orang awam. Saya telah nyatakan
bahawa kita tidak boleh berada dalam sindrom penafian walaupun kita
percaya kita dapat atasi masalah yang kita hadapi hari ini dan jangan
sesekali kepimpinan UMNO termasuk Pemuda sendiri terperangkap dengan
sindrom penafian.
“Kita harus akui bahawa bahawa cabaran yang dihadapi parti pada hari
ini amat besar tetapi penjelasan daripada Datuk Seri Najib tadi adalah
langkah yang amat-amat penting sekali untuk kita beri keyakinan kepada
Pemuda UMNO agar kita terus berjuang dan memberikan sokongan padu kepada
presiden.
“Hari ini Pemuda UMNO saya percaya setelah mendengar penjelasan dan
penerangan daripada presiden maka kita dapat gambaran yang lebih jelas
berkenaan dengan isu-isu semasa,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu sebelum itu majlis perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk
Seri Najib Tun Razak diadakan membabitkan kepimpinan Pemuda UMNO
bahagian seluruh negara.
Khairy seterusnya menambah pelbagai isu dilontarkan termasuklah soal
1MDB, GST, ekonomi dan pelbagai isu berbangkit yang lain yang dihadapi
oleh rakyat.
“PM berucap panjang lebar dan beri penjelasan yang bagi Pemuda cukup
jelas tentang semua isu yang telah kita bangkitkan. Pemuda harap dapat
pastikan bahawa proses pengauditan ke atas syarikat 1MDB dapat
dipercepatkan dan jika berlaku apa-apa penyelewengan atau pecah amanah
mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
“PM telah setuju dan telah nyatakan kesungguhan beliau untuk pastikan
bahawa proses pengauditan dapat dijalankan dengan rapi, mendalam dan
cepat dan sekiranya terdapat bukti penyelewengan pecah amanah dan
sebagaianya mereka yang terlibat akan diambil tindakan secara tegas dan
cepat,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment