EPISOD 4
Sesiapa sahaja yang percaya dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa beliau
hanya bertanya soalan bukannya menuduh Perdana Menteri Najib Razak ialah
sama ada mereka “plain stupid” yang tidak memahami politik atau
hipokrit yang enggan mengakui realiti sebenar.
Keseluruhan pertanyaan beliau berunsur pertuduhan dan sindiran ke
atas batang tubuh Najib Razak. Mengapa hanya beberapa hari bertanya
puluhan soalan, beliau muncul lagi mengulangi soalan yang sama dalam
bentuk yang lain?
Dalam artikel terbaru, “Tidak Wajar Minta Tolong Dr Mahathir” (ada
sesiapa faham apa relevan tajuk ini dengan kandungan tulisan beliau?),
Tun menulis mempertahankan dirinya dan juga mengulangi tuduhan-tuduhan
yang dibuat berserta dengan penafian,
2. Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib
melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat
siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang
disuarakan oleh ramai rakyat.
Jika Dr Mahathir tidak menuduh apa-apa, mengapa beliau mahu Najib
Razak meletak jawatan? Jika beliau sekadar mahu soalan dijawab mengapa
beliau mengatakan Najib Razak sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri?
Isu Altantuya telah beberapa kali diterangkan
bahawa ia telah dibicarakan di Mahkamah terbuka dengan tertuduh
mendapat pembelaan dari peguam bela terkemuka negara. Tidak pernah
timbul bahawa mereka diarahkan oleh mana-mana pegawai atasan Polis
semasa pembelaan.
Kita tidak pasti apakah Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana
Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman bahawa keputusan Mahkamah
boleh diatur dan disusun untuk melindungi seseorang penjenayah. Namun
berdasarkan cara beliau mempertikaikan penyiasatan dan perbicaraan ia
boleh memberi kesimpulan Tun Mahathir percaya sistem kehakiman boleh
pengaruhi dan ditentukan.
Dr Mahathir bukan sahaja menyerang Najib, malah membuat tuduhan yang
sangat berat iaitu pembunuhan Altantuya Saribu dibuat atas arahan Polis.
14. Sudah lapan tahun berlalu kenapa bangkit perkara ini? Ini bukan
masalah lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari
ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh. Amatlah
tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah
polis hanya mengikut perintah.
15. Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul dan rakannya.
Siasatan dan perbicaraan telah diadakan. Tiada keraguan bahawa
kedua-dua mereka membunuh Altantuya. Adakah mereka tidak berhak dihukum
mati jika mereka membunuh atas arahan orang lain? Sudah tentu mereka
berhak dihukum mati kerana mereka telah membunuh orang.
Justeru apabila Dr. Mahathir menyatakan tidak adil mereka dihukum
bunuh sedangkan mereka hanya anggota polis berpangkat rendah yang
menerima arahan, ia memberi maksud Dr Mahathir menuduh Polis yang
mengarahkan pembunuhan tersebut.
Memasukkan isu ini dalam kritikan kepada Mohd Najib secara tidak
langsung bertujuan memberi isyarat bahawa Najib terbabit dalam kematian
Altantuya.
Oleh kerana Najib telah beberapa kali bersumpah tidak kenal dan
terbabit dengan kes ini, maka Tun Mahathir harus memberi bukti kepada
rakyat.
Disediakan oleh : EDITOR
No comments:
Post a Comment