Tuesday, April 07, 2015
Tun Dr Mahathir Tidak Wajar Minta PM Letak Jawatan
8 April 2015, Kuala Lumpur : Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS),
Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad
adalah seorang pemimpin yang dihormati berdasarkan sumbangannya kepada
negara.
Walau bagaimanapun, kata beliau, bekas Perdana Menteri itu perlu
‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum meminta Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan.
“Mungkin Dr. Mahathir telah lupa ketika beliau menjadi Perdana
Menteri, rakyat juga telah banyak kali meminta beliau untuk meletak
jawatan tetapi beliau enggan,” katanya seperti dipetik menerusi portal
berita, The Star Online hari ini.
Mengulas lanjut, Maximus berkata, PBS antara parti yang telah meminta
Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri 20 tahun dahulu
kerana parti berkenaan pernah menyalahkan beliau atas tindakannya
membenarkan pendatang haram mendapatkan kewarganegaraan di Sabah.
“Dr. Mahathir mengabaikan dakwaan kami itu, namun pada hari ini
beliau mengakui berlaku perkara sedemikian yang dikenali sebagai Projek
IC dan menyatakan tidak ada yang salah dalam memberi kerakyatan kepada
pendatang asing untuk berada di Sabah dalam jangka masa yang panjang
termasuk mempunyai saudara-mara di sini.
“Dengan kebenaran beliau (Dr. Mahathir), Projek IC benar-benar wujud
untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang asing dengan mengabaikan
peraturan dan undang-undang mengenai kelayakan kewarganegaraan,” katanya
yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment