Sunday, July 05, 2015
Di Mana Bukti Perdana Menteri Malaysia "Songlap" Duit 1MDB?
Hari ini kita dikejutkan dengan satu pendedahan dari portal pro
pembangkang, Sarawak Report yang kononnya berbillion duit dari 1MDB
dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia. Walau
bagaimanapun, ia amatlah meragukan.
Tuduhan dan dakwaan oleh portal tersebut kali ini sangat berat
berbanding fitnah-fitnah sebelumnya yang akhirnya terbukti salah. Adakah
logik apabila akaun yang dikatakan peribadi dan mempunyai transaksi
berbillion, sangat mudah terdedah kepada umum? Dan yang paling penting,
dimanakah buktinya?
Apakah wajar Sarawak Report menuduh perkara tersebut tanpa membawa
sebarang bukti dan sumber untuk dirujuk? Sekadar meletakkan beberapa
gambar personaliti dan gambar printscreen dari laman web, ia agak
kelakar bagi sesuatu isu yang dianggap mempunyai impak besar kepada
negara.
Jika diteliti, nama Perdana Menteri sendiri dieja dengan salah secara
berulang-ulang didalam perjalanan transaksi wang 1MDB tersebut. Ini
sekaligus mewujudkan keraguan tentang kebenaran berita yang dilaporkan
oleh portal penentang kerajaan ini.
Portal Sarawak Report juga diketahui mempunyai reputasi yang agak buruk
didalam melaporkan tuduhan berunsurkan fitnah dan jahat terhadap
kerajaan. Yang paling terkini, penyalur maklumat yang kononnya sangat
dipercayai oleh portal berkenaan, ditangkap di negara jiran Thailand dan
didapati memalsukan dokumen berkenaan 1MDB untuk tujuan peras ugut.
Dokumen yang diubah suai itulah yang digunakan oleh portal-portal pro
pembangkang untuk memfitnah kerajaan dengan niat menjatuhkan Perdana
Menteri.
Kali ini mereka datang sekali lagi dengan dakwaan duit 1MDB "disonglap"
oleh Najib melalui beberapa transaksi akaun peribadi, tetapi mereka
tidak langsung menunjukkan "Transaction Note" bagi membuktikan dakwaan
mereka. Ini sesuatu yang sangat jelas berniat jahat kerana tuduhan
dilakukan tanpa sebarang bukti.
Adakah wajar menuduh seseorang tanpa sebarang bukti dan hanya
bersandarkan pada khabar angin serta persepsi semata-mata? Dan satu lagi
perkara yang menarik untuk difikirkan, mengapa sejak kebelakangan ini,
media asing dipilih untuk menyerang Perdana Menteri?
Bermula dengan tindakan Tun Mahathir yang menyerang kepimpinan Perdana
Menteri melalui New York Times, kini ia beralih pula kepada Wall Street
Journal. Dipercayai semua ini dilakukan oleh satu kumpulan yang
bermotifkan agenda politik bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia melalui
skandal 1MDB yang sengaja direka-reka.
Selagi tuduhan serta fitnah yang diterbitkan oleh Sarawak Report dan
Wall Street Journal ini tidak disertakan dengan bukti, ianya dianggap
sebagai spekulasi jahat untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Dan
rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang kepakaran serta kegemaran
pihak pembangkang yang selalu membuat pembohongan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment