Sunday, July 05, 2015
Inilah Kita mahukan....Tabung Haji Tanggung Kos Tambang 40 Jemaah OKU, Dhaif...Syabas TH
3 Julai 2015, Baling : Tabung Haji (TH) akan menanggung kos tambang menunaikan
fardu haji 40 jemaah dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan
keluarga daif tahun ini.
Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pemilihan
dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik oleh TH bagi membantu mereka
menunaikan fardu haji dan bilangannya akan ditambah pada tahun depan.
"TH sentiasa melihat kepada keperluan golongan tidak berkeupayaan dan
daif ini dalam usaha kita membantu mereka menunaikan fardu haji di Tanah
Suci setiap tahun," katanya.
Abdul Azeez berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan
cek bernilai RM60,000 sumbangan peribadi beliau untuk Madrasah Misbah Al
Falah, Kampung Lanai Parit Panjang, malam tadi.
Sumbangan itu diserahkan kepada mudir madrasah berkenaan, Ahmad Mokhtar
Omar Zuhdi untuk kos membina bilik air baharu dan tandas.
Di majlis yang sama, beliau turut memberi sumbangan kain telekung kepada
200 warga emas serta pelajar perempuan yang tinggal di madrasah itu.
Madrasah yang beroperasi sejak 35 tahun lalu itu mempunyai 500 pelajar lelaki dan perempuan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemduaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment