Sunday, July 05, 2015
Sabotaj Politik Terhadap PM Jalan Terus… Terbaru Kisah Songlap RM2.63 Billion
Cerita macam ini memang seronok dibaca.Konon satu pendedahan sensasi
.Apa lagi jalan ceritanya macam real mengaitkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Bukan sikit.Bayangkan AS$700 juta yang bersamaan dengan RM2.67 bilion
didakwa dipindahkan ke pelbagai entiti yang ada berkaitan 1MDB .Duit itu
akhirnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam 5 deposit
berasingan.
Wang itu didakwa disonglap sebelum pilihanraya umum ke 13.
Isu dakwaan ini mencuri perhatian sepanjang Jumaat ekoran laporan
dakwaan itu disiarkan oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report.
Kata orang bagi yang tidak usul periksa memang mudah terpengaruh laporan itu yang lengkap dengan dokumen itu ini.
Serangan terhadap Perdana Menteri mengenai isu 1MDB dan sewaktu dengannya nampaknya jalan terus
Untuk mengelak pelbagai andaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) segera
mengeluarkan kenyataan menjelaskan yang syarikat itu tidak pernah
menyalurkan sebarang dana kepada Perdana Menteri.
"Pendedahan terbaharu telah membangkitkan kebimbangan mengenai kesahihan
beberapa dokumen 'bocor' yang digunakan beberapa saluran media dan blog
dalam talian seperti Sarawak Report untuk memperdayakan orang ramai
selain mewajarkan tuduhan yang dibuat terhadap syarikat ini serta
kerajaan.
"Perbuatan sedemikian oleh sesetengah pihak media, amatlah tidak
bertanggungjawab dan merupakan perbuatan yang disengajakan untuk
menjejaskan syarikat ini," kata 1MDB
Menurutnya, berdasarkan laporan media, dokumen berkaitan itu didapati
telah dipinda dan digunakan oleh seorang individu yang ketika ini
ditahan di negara asing, untuk memeras ugut bekas majikannya.
"Sehubungan itu, kami amat terkejut bagaimana dokumen sedemikian, yang
kewujudan dan ketepatannya belum disahkan secara umum, terus digunakan
sebagai asas bagi tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB," katanya.
1MDB turut menegaskan ia sedang memberi kerjasama bagi beberapa siasatan
oleh pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) dan Bank Negara Malaysia.
"Pihak berwajib berkenaan mempunyai segala maklumat berkaitan dan 1MDB
telah meminta semua pihak menunggu hasil siasatan mereka sebelum terus
membuat dakwaan serta membuat keputusan secara melulu," katanya.
Kemudiannya pada sebelah tengahari Pejabat Perdana Menteri (PMO)
menerusi satu kenyataan kata tuduhan terbaharu, bersumberkan daripada
beberapa penyiasat tidak dinamakan, yang dijadikan asas untuk menyerang
Perdana Menteri merupakan sabotaj politik yang berterusan.
Katanya terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan
keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan dan menyingkirkan
perdana menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib
dalam mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu
global sekarang.
"Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai," kata PMO.
Menurutnya adalah menjadi kewajipan kepada anggota media yang
bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen sebagai tulen
melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa 1MDB
telahpun menyatakan ia tidak pernah menyediakan dana kepada perdana
menteri, kata PMO.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment