Sunday, July 05, 2015
Panassss!!!!!DAP Sarawak Putus Hubungan PKR Jika Masih Bersama PAS
3 Julai 2015, Kuala Lumpur : DAP Sarawak memberi kata dua kepada Parti
Keadilan Rakyat (PKR) untuk memilih sama ada ingin kembali bekerjasama
dengan parti itu atau PAS.
Pengerusinya, Chong Chieng Jen menegaskan, DAP negeri itu tidak akan
meneruskan sebarang kerjasama dengan PKR jika masih ada hubungan politik
antara PKR dan PAS.
"Sekarang ia adalah antara PAS dan PKR. Syarat kami mudah sahaja. Kami
boleh bekerjasama dengan PKR jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS.
"Pendirian ini adalah sama dengan DAP di peringkat Kebangsaan," jelas
beliau semasa sidang media mengenai inisiatif Impian Sarawak di ibu
pejabat DAP di sini.
Tambahnya, ia berikutan keadaan itu agak 'janggal' kerana hubungan
DAP-PAS sudah bermasalah sebelum keputusan dibuat Muktamar PAS.
"Jadi ia agak janggal juga kerana kami tidak bekerjasama dengan PAS tapi
menjalin kerjasama dengan PKR yang disifatkan masih lagi bersama PAS.
"Konflik itu dimulakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa bulan
lalu, iaitu pada Mac, DAP buat keputusan untuk memutuskan hubungan
dengan PAS tetapi sekarang PKR masih bekerjasama dengan PAS," tambahnya.
Beliau juga berpendapat, PKR perlu membuat keputusan muktamad berhubung isu berkenaan.
"Mereka (PKR) sepatutnya sudah membuat keputusan dan memilih antara DAP
atau PAS. Namun di sini bukan soal siapa kawan atau siapa lawan.
"Bagi DAP Sarawak, ideologi politik PAS tidak ada tempat di Sarawak," ujar beliau.
Sebelum ini, Chieng Jen mengumumkan keputusan DAP Negeri untuk keluar
daripada Pakatan Rakyat kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu
melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
Beliau mendakwa PAS menyeleweng dari dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment