Wednesday, July 01, 2015
MOU Dah Tandatangan... Projek Lebuhraya Pan Borneo Jalan Terus
Kalau masih ada lagi pihak yang mahu mempertikaikan projek Lebuhraya Pan
 Borneo di Sarawak yang akan mula dibina pada September tahun ini, 
hentikan sajalah.
Ini kerana projek berkenaan bukan difikirkan sehari dua tetapi sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) lagi.
"Ia terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada PRU-13. Ia 
adalah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd NajIb Tun Razak kepada 
rakyat Sarawak. Ia adalah salah satu daripada permintaan rakyat 
Sarawak," kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petrajaya berkata kepada wartawan selepas
 menghadiri majls Menandatangani Perjanjian (MoU) projek lebuhraya 
berkenaan di Putrajaya, pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai menangkis soalan daripada wartawan media
 pro-pembangkang yang bertanyakan adakah pembinaan lebuhraya itu dibuat 
kerana Pilihanraya Negeri sudah dekat.
Fadillah yang Ketua Pemuda Parti Bumiputera Sarawak (PBB), juga 
menjelaskan sama ada nilai Ringgit naik atau turun, projek lebuhraya itu
 akan jalan terus seperti dijadualkan kerana ia telah dijanjikan oleh 
Kerajaan BN yang sentiasa menepati janji.
MoU projek berkenaan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 
Sarawak dengan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) telah disaksikan 
oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Sri Johari Akob 
menandatangi bagi pihak Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri 
Sarawak diwakili setiausaha kerajaan negeri, Tan Sri Amar Morshidi 
Ghani. LBU diwakili pengerusinya, Tan Sri Abang Ahmad Abang Mohideen.
Fadillah berkata model pelaksanaan projek berkenaan akan dibuat mengikut
 kaedah Project Delivery Partner (PDP) seperti yang dibuat untuk MRT.
Lebuhraya Pan Borneo yang dibina dengan kos keseluruhan RM27 bilion, 
akan melibatkan pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 2,239 
kilometer yang disasarkan akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di
 Sabah dan Sarawak.
Komponen kick-off projek lebuhraya berkenaan yang melibatkan jajaran 
Simpang Jalan Nyabu ke Simpang Jalan Bakun sepanjang 43 kilometer telah 
dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 31 Mac lalu.
Komponen itu adalah sebahagian daripada 1090 kilometer jajaran Pan 
Borneo Sarawak yang akan dinaiktaraf kepada empat lorong dua hala. 
Kerja-kerja menaiktaraf sedang giat dijalankan.
Berdasarkan perancangan, pembinaan fasa pertama bermula September dari Telok Melano ke Sematan sepanjang 33 kilometer.
Pakej ini membabitkan pembinaan jajaran baru satu lorong dua hala untuk 
menghubungkan pekan kecil dan beberapa perkampungan di kawasan Telok 
Melano yang kini hanya boleh dihubungkan melalui jalan laut. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment