Wednesday, July 01, 2015
Trend Eksklusif Dalam PAS Menjejaskan Parti - Khalid
1 Julai 2015, Shah Alam : Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad memberi amaran 
parti Islam itu akan menjadi teokratik dan autokratik jika ia terus 
menjadi eksklusif dengan merekrut ahli daripada kalangan graduan 
pengajian agama sahaja.
Dalam post blog terbarunya, pemimpin yang dilonggokkan dalam kumpulan 
profesional PAS itu mengingatkan trend eksklusif yang menolak ahli bukan
 ulama itu akan memberi kesan buruk kepada parti berkenaan, lapor 
Malaysiakini.
Katanya, ini berlawanan dengan ajaran dan sikap yang dibawa oleh Nik 
Abdul Aziz Nik Mat yang menekankan kerjasama rapat ulama serta 
profesional dalam parti.
Khalid berkata, sikap eksklusif itu akan menyebabkan masyarakat menjauhkan diri daripada PAS.
Akibatnya, PAS akan gagal dalam tanggung jawabnya sebagai sebuah parti 
politik yang sepatutnya bersikap terbuka serta adil terhadap semua 
pihak, tambahnya.
“Ini bukan apa yang disaran oleh Islam ataupun parti,” katanya sambil 
menambah PAS patut menerima ahli tanpa mengira latar belakang pendidikan
 agama mereka.
Khalid berkata, kerjasama di antara puak profesional dan ulama berhenti 
selepas 2008 dan ia diganti oleh sentiment pro-ulama atau anti-ulama.
Katanya, ini bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan puak ulama dalam 
parti serta meraih jawatan tetapi amalan ini sebenarnya memberi kesan 
buruk kerana mereka dilihat menggunakan pengetahuan agama untuk 
memperoleh jawatan.
Ahad lalu, seorang bekas pemimpin PAS berkata kepimpinan parti kini 
tidak mencerminkan sebuah parti politik sebenarnya dan kadang kala ia 
memalukan agama.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli 
berkata, keadaan ini disebabkan oleh tingkah laku pemimpin parti.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment