Wednesday, July 01, 2015
Wowww.....TMJ Dapat Hadiah Jet Sempena Ulang Tahun Keputeraan
1 Julai 2015, Petaling Jaya : Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang 
menyambut ulang tahun keputeraan pada Selasa menerima sebuah jet 
daripada ayahandanya sebagai hadiah.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan 
menyampaikan pesawat berkenaan kepada Tunku Ismail sempena ulang tahun 
kelahiran yang ke-31.
Gambar Tunku Ismail menerima jet itu dimuat naik ke laman Facebook Johor Southern Tigers.
Selain itu Tunku Ismail memaklumkan akan mengagihkan lembu di setiap daerah di negeri ini untuk berbuka puasa.
Tunku Ismail, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor 
(PBNJ) berkata, beliau juga berniat untuk menghulur sedekah kepada anak 
yatim dan golongan kurang berkemampuan di negeri itu.
"Saya telah membuat keputusan itu, setelah menerima pandangan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
"Demikianlah niat saya," kata Tunku Ismail.
Tunku Mahkota Johor, menerusi laman sosial berkenaan, turut mengucapkan 
setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang 
mengucapkan selamat serta mendoakan baginda sempena hari keputeraan itu.
Beliau turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment