Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Tuesday, June 30, 2015
Isu Air Selangor: Mujur Azmin Ali, Kalau Azmin Ahmad Tentu Sudah Dicarut Oleh Azwan Ali
Satu perkara tentang isu bekalan air 
bersih di Selangor yang semua orang perlu tahu, ianya berlaku dalam 
keadaan antisipasi dan jangkaan berlakunya kekurangan bekalan telah pun 
disahkan benar tanpa ragu.
Hakikatnya, kini bekalan air sering 
terganggu di beberapa kawasan di negeri Selangor. Ini membuktikan 
kredibiliti kerajaan terdahulu (sebelum gabungan PKR DAP PAS) dalam 
menilai keupayaan negeri membekal air bersih kepada penduduk dan 
industri.
Setelah melalui pentadbiran oleh 2 
menteri besar, kerajaan PKR kelihatan masih cuba untuk mempolitikkan isu
 yang cukup kritikal ini. Entah apa yang diperlukan, agar isu ini segera
 ditangani sekaligus menerbitkan masa depan yang lebih terjamin kepada 
ekonomi dan penduduk negeri Selangor.
Status negeri Maju sudah ke laut, dan 
lebih malang, bahaya yang menanti negeri Selangor sekiranya bekalan air 
bersih gagal disediakan. Pihak istana Selangor juga telah menegaskan 
agar hal ini diselesaikan dengan segera tanpa berlengah.
Pengakuan Azmin bahawa Selangor memang 
menghadapi masalah bekalan air menimbulkan rasa loya dan jijik. Bertahun
 sudah perkara ini diutarakan, dibicarakan, kenapa kini baru mahu 
mengakuinya? Apakah kerana kamu seorang menteri besar, dan sudah tiada 
lagi jalan untuk menafikannya?
Sebenarnya, rakyat sudah lama tahu bahawa
 kerajaan negeri tidak ada upaya untuk membekal air terawat berdasarkan 
permintaan, disebabkan loji-loji yang sedia ada telah beroperasi pada 
tahap maksimum.
Mengapa perlu diulang sekali lagi? 
Bukankah ia sekadar mencari alasan? Ia tidak ubah seperti menjenamakan 
alasan lama supaya dilihat seperti baru.
Cukup-cukuplah Azmin Ali bermain politik 
atas isu air ini. Isu ini seharusnya sudah lama diselesaikan sekiranya 
Langat 2 dilaksanakan tanpa sandiwara PKR.  Dari era Khalid Ibrahim 
selaku menteri besar, Azmin seharusnya sudah mengenalpasti masalah, 
punca dan solusi ke atas isu bekalan air bersih di Selangor.
Bukan cuba berhelah dengan alasan lama!
Mujur beliau Azmin Ali. Kalau Azmin Ahmad
 atau Azmin Atan, penulis pasti beliau akan dimaki oleh Azwan Ali di 
laman sosial Twitter gara-gara masih gagal menyelesaikan air yang sudah 
lama berlarutan di Selangor.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment