Tuesday, June 30, 2015
Najib Sedia Terima Kritikan...Kritikan Tu Biarlah Membina
Putrajaya : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menegaskan bahawa
 beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan jauh sekali menolak 
sebarang kritikan.
Namun, katanya apa yang penting setiap kritikan yang dilemparkan mestilah sesuatu yang membina dan mampu memberi kebaikan.
"Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, 
kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat 
membina banyak universiti ... bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk
 negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa 
bersama  penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan
 institut pendidikan guru di sini, Isnin.
Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana itu dihadiri kira-kira 1,700 orang.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyertai hadirin menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat sunat Tarawih.
Perdana Menteri berkata setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan 
bukan dibuat sesuka hati, sebaliknya ia telah difikirkan 
semasak-masaknya termasuk manfaat dan faedah yang bakal dinikmati 
rakyat. 
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment