Sunday, June 28, 2015
Hadi Enggan Campur DAP Lantik Nizar...Pulak Dohhh..Keras Sikit
Marang : Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan masuk campur
isu pelantikan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin sebagai ketua pembangkang Dun Perak.
Beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Pas Perak untuk membuat
keputusan terhadap Mohammad Nizar yang menang kerusi itu atas tiket Pas
tetapi dilantik DAP untuk terus kekal sebagai ketua pembangkang Perak
dalam keadaan kedua-dua parti pembangkang itu tidak lagi sehaluan.
“Itu serah kepada Pas Perak. Pas Perak akan tentukan (perkara itu),”
katanya ketika ditanya mengenai tindakan DAP yang sepatutnya tidak
menyokong Mohammad Nizar sebagai ketua pembangkang selepas kedua-dua
parti itu tidak lagi bersama dalam satu pakatan berikutan kenyataan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan pakatan sudah tidak
lagi wujud.
Kenyataan Guan Eng itu sebagai tindak balas tindakan Dewan Ulama Pas
mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa
bahas pada muktamar parti itu awal bulan ini.
Kelmarin, Pas Perak menganggap tindakan DAP mengekalkan Mohammad Nizar
sebagai ketua pembangkang adalah di luar perbincangan Pas, PKR dan DAP
walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri berkenaan.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dipetik berkata, pihaknya
melihat pelantikan itu atas dasar persetujuan DAP, bukan mewakili Pas
dan PKR, malah tiada sebarang perbincangan mengenai perkara itu dibuat.
“Walaupun secara dasarnya DAP telah memutuskan hubungan dengan Pas, di
peringkat negeri kita masih mempunyai hubungan baik sebagai sebuah
pakatan. Cuma apa yang saya boleh katakan, lantikan DAP itu dibuat tanpa
pengetahuan kita,” katanya.
Terdahulu, pelantikan Mohammad Nizar yang juga pernah menjadi Menteri
Besar Perak selama 10 bulan ketika PR menang dan mentadbir negeri itu
pada 2008, juga dikatakan menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dun
Perak.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment